Negarawan

Negarawan

Friday 10 January 2014

NUR JAZLAN NASIHATKAN RAFIZI RAMLI JANGAN SALAHKAN BAPAK !


' Wacana Kejutan Ekonomi Selepas PRU 13 ' anjuran Akhbar Sinar Harian yang berlangsung di Kompleks Karangkraf semalam sememangnya menjadi Kejutan kepada ramai orang yang hadir.

Dalam keadaan ' panas ' kerana kenaikan harga barang dan tajuknya pula benar benar berkaitan dengan isu tersebut, seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional
BERANI hadir dan menjadi salah seorang ahli panel.

Moderator Dr Maszlee Malik mengakui kejantanan Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara ( PAC ), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Ahli Parlimen Pulai.
Ini juga diakui oleh ahli Panel yang lain iaitu Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Strategi PKR.

Hasrat Rafizi untuk mendapat laba politik melalui wacana ini tidak kesampaian apabila Nur Jazlan berjaya memberikan huraian lebih berkesan dalam menangani isu kenaikan harga barang ini. 

Apa yang menarik, Nur Jazlan turun menegur Kerajaan yang dianggapnya agak perlahan dalam memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam masa yang sama beliau menyarankan agar Kerajaan lebih telus kerana rakyat akan faham dan menerima kenyataan jika mendapat penjelasan.

Hadirin mengakui kemampuan Nur Jazlan apabila berjaya menjawab soalan soalan Rafizi dan moderator dengan berkesan dan dikatakan mematikan hujah mereka berdua.

Paling menarik ialah apabila Nurjazlan membuat analogi apabila Rafizi menyalahkan Dasar Penswastaan, kata beliau " Ini cerita macam bapak dengan anaklah, kita jangan marah bapak , kenapa kita lahir begini hari ini, ". 

Kenapa isu ini saya timbulkan ? Saya percaya DS Najib tidak boleh dibiarkan bersendirian menghadapi kegelisahan rakyat. Menteri dan Timbalan Menteri nampaknya lebih selesa ' bersama semasa suka ' dengan Perdana Menteri.

Saya juga rasa kagum dan lega, kita ada pemimpin muda yang berani bercakap benar pada setiap masa dan dalam masa yang sama tidak pula membakar jambatan..

 

1 comment:

  1. Seorang lagi pemimpin muda yang boleh digilap.

    ReplyDelete