Negarawan

Negarawan

Wednesday, 24 June 2015

HAJI HADI PAKAR RETORIK.

PETALING JAYA 23 Jun - Pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baru itu, demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa.

Peringatan Hadi yang dibuat menerusi surat terbukanya kepada ahli parti itu dilihat susulan kepada rancangan penubuhan sebuah parti baharu yang menyerupai PAS oleh mereka yang tewas pada pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli-ahli PAS.

Selain itu Hadi turut berpesan kepada ahli PAS supaya kekal dengan parti yang berpegang kepada prinsip perjuangan Islam.

"Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Gagalnya kita memahaminya, boleh menyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini kerana tidak menghayatinya dengan betul," kata beliau lagi.

Sebelum ini dilaporkan kumpulan progresif dalam PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini sedang mencari 'wadah baharu' dalam meneruskan agenda perjuangan mereka dalam politik.

Pada Isnin, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad turut memberi kata dua kepada partinya supaya menjadi lebih inklusif dalam masa 100 hari selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada 6 Jun lalu atau berhadapan dengan kemungkinan akan wujud parti atau pertubuhan baru yang lebih mesra Pakatan Rakyat.

Katanya, jika PAS gagal membuktikan kemampuan mereka, parti Islam itu mungkin akan berhadapan dengan kemunculan sebuah parti baharu menyerupai PAS.
Ulasan

Kepada yang mengikuti dan mengkaj kenyataan kenyataan Haji Hadi, saya yakin ramai yang akan sedar bahawa sehingga kini beliau tidak lebih daripada sekadar beretorik. Tidak ada satu kenyataanpun yang layak dipegang dan dijadikan asas untuk PAS terus bergerak.

Saya yakin jika ditanya kepada Ahli PAS, akan ke mana selepas ini? Ramai yang masih belum tahu ke mana hendak dituju.

Saturday, 25 April 2015

KITA AKAN MENANG DI ROMPIN...

Keyakinan saya dan ramai teman teman, kita akan menang di Rompin. Arwah TS Jamaluddin Jarjis telah letakkan UMNO di mercu dengan perkhidmatan cemerlang beliau.



Namun saya tidak pasti adakah kita dapat mengekalkan majoriti lebih 15 ribu dengan pelbagai isu yang melanda sekarang. Kegagalan kita memurnikan GST pasti akan memberi kesan kepada undi selain serangan bertali arus termasuk Tun Mahathir.

Menariknya Rompin dipimpin oleh DS Hishammuddin Hussein. Pemimpin yang memang terkenal mampu turun serendah mungkin untuk bertemu rakyat.











Dalam keadaan prasarana bukan lagi keperluan utama, pengisian psikologi dan emosi perlu diberi penekanan. Rakyat mahu didengar dan didampingi. Saya fikir ini kekuatan DS Hishammuddin.

Tanpa menafikan keupayaan pemimpin kita yang lain, saya rasa di Rompin DS Hishammuddin mampu mainkan peranan beliau dengan berkesan.


Thursday, 26 March 2015

TAK TERASA BAHANG PANASNYA...

KUANTAN 25 Mac - Kementerian Pertahanan memandang serius aspek perumahan dalam mempertingkatkan taraf hidup golongan tentera di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ianya merupakan salah satu sumbangan dalam mengenang jasa warga tentera yang berjasa dalam mempertahankan negara.

"Aspek perumahan antara agenda terpenting saya, khususnya dalam mempertingkatkan taraf hidup dan keselesaan warga tentera yang telah banyak berkorban ,mencurah bakti demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta," katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Desa Tentera Darat buat perumahan Keluarga Angkatan Tentera Sungai Panching, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Desa Tentera Darat dibina bagi memberi keselesaan kepada anggota tentera bersama keluarga disamping menjadi tempat paling selamat kepada ahli keluarga ketika mereka keluar bertugas.





Janji untuk memperbaiki dan memperbanyakkan petempatan angkatan tentera ini sebenarnya dilontarkan pada akhir tahun 2014. Saya percaya kita semua menyedari betapa Menteri Pertahanan memang ' laju dan berkesan ' dalam melaksanakan tugasan beliau.

Jika kita melihat politik Malaysia, tentunya kita akan terasa bahang hangatnya namun DS Hishammuddin sama sekali tidak terganggu kerananya.


Thursday, 12 March 2015

PEMIMPIN UMNO TAK DE PERASAAN !


Serangan bertali arus Pakatan pimpinan DAP terhadap DS Najib dan Kerajaan UMNO/BN nampaknya tidak memberikan kesan jelas walaupun ianya menjadi berita yang kemudiannya disambut oleh tokoh tokoh UMNO sendiri termasuk Tun Mahathir yang kita kasihi.

Pakatan mempunyai dendam dan kebencian melampau kepada UMNO. DS Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri hanyalah alat mereka. Jika ditakdirkan bertukarpun ( Insyaallah tak akan berlaku ), mereka akan tetap menyerang UMNO sehinggalah UMNO hancur dan Umat Melayu hilang tempat bergantung.

Selain serangan dari luar, Pakatan pimpinan DAP mula menyerang dari dalam.
baca di sini..Sebelum itu ia terbit juga di dalam The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today. Beberapa Blog Pakatan dan pemain siber mereka dengan pantas menyambut bola tanggung ini dengan pelbagai rencah. Matlamat mereka jelas, UMNO mesti dikocak dan diganggu supaya sekurang kurangnya berlaku retak di mana mana.

DS Hishammuddin bijak apabila cepat menangkap niat Pakatan ini. Kemudian beliau mengeluarkan kenyataan.

Rakyat News di sini.. Juga disiarkan di sini..

Dan yang lebih menarik ada peristiwa penting berlaku dalam sehari dua ini.Beliau memantau Makmal Transformasi PLKN, memantau persiapan LIMA 2015.





Saya paparkan bahan ini sebagai petanda kita menghargai pemimpin kita yang sama sekali tidak ghairah dengan perebutan jawatan. Kita UMNO telah banyak belajar daripada pengalaman masalalu.

Perebutan tidak dapat tidak akan mengguris hati juga walaupun ada ramai yang rasional. Kemudian saya kagum dengan kerja kuat pemimpin UMNO dan Kerajaan. Tidak pernah berhenti daripada berusaha demi rakyat dan negara.

Kepada Orang UMNO khasnya di akar umbi. Jika pemimpin tidak ghairah,jangan kita pula yang melonjak melompat. Insyaallah, Allah akan berikan kekuatan kepada parti keramat kita.

Thursday, 5 February 2015

ISLAM TAK ANJURKAN KEGANASAN !

KUALA LUMPUR 4 Feb - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengingatkan agar memandang serius perkembangan terbaharu kegiatan kumpulan militan terutamanya IS.

Beliau berkata, tindakan terbaharu IS yang bertindak membakar salah seorang tebusan, juruterbang Jordan hidup-hidup amat kejam dan bukan mewakili umat Islam di seluruh dunia.

“Tindakan IS ini cukup kejam, tidak menggambarkan Islam dan tidak mewakili umat Islam.

"Ini pendirian kita, dan kita kena buktikan kita negara yang pelbagai kaum ini, boleh hidup dengan harmoni.

“Tidak menyokong dan tidak mengiyakan IS ini, tetapi lebih daripada itu tanggungjawab ATM pihak polis dan risik juga mesti berhati-hati dan mengambil serius ancaman IS.

“Dan perkembangan di Jordan amat membimbangkan,” katanya katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan pasukan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia musim 2015 di Stadium Kementah di sini hari ini.

Turut hadir termasuk Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau merujuk tindakan IS yang memaparkan sebuah video menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada bulan Disember diselubungi api yang marak.

Dalam perkembangan sama, Hishamuddin juga yakin bahawa kegiatan militan di Sabah berada dalam keadaan terkawal.

Pihaknya bersama ATM telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan tiada ancaman dan juga penglibatan aktiviti militan berlaku di dalam negara.

“Saya rasa (di Sabah) masih terkawal, dan fenomena IS ini tidak kepada negara kita sahaja, mana-mana yang saya pergi termasuk di negara barat," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang dilantik mempengerusikan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah memulakan siri lawatan di beberapa buah negara bagi membincangkan isu ancaman pertahanan negara termasuk IS.

“Tidak ada negara ASEAN yang terkecuali memantau perkembangan IS di rantau kita.

“Ini satu ancaman yang tidak boleh diambil mudah, dan jangan terikut-ikut dakyah mereka dan saya harap mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa,” tegasnya.

Ulasan

Islam agama wahyu. Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia bukan orang Islam sahaja. Sebab itu jika ada orang kaitkan keganasan dengan Islam, kaitan itu tidak tepat dan harus dibetulkan.

Dalam masa yang sama apa jua unsur yang boleh menyemarakkan pengaruh IS ini perlu dicegah dengan segera sebelum merebak menjadi makin parah.

Wednesday, 21 January 2015

DIAMPUN BIAR KENA PADA TEMPATNYA...

Saya yakin sangat sewaktu Lim Kit Siang dan DAP menimbulkan perkara ini, mereka tidak berhajat mahukan jawapan atau penjelasan. Mereka akan gunakan pula jawapan itu menimbulkan persepsi baru. Matlamat mereka ialah supaya pemimpin Kerajaan UMNO/BN dilihat sebagai kerap melakukan salah laku.

Saya fikir DS Hishammuddin telah mengambil langkah bijak kerana tidak menunggu lama untuk menjawab isu ini. Saya yakin sangat, jawapan pantas beliau menyebabkan rakyat tidak berteka teki dan yakin dengan ketelusan beliau.

Hakikatnya berdiam diri dalam keadaan tertentu boleh menimbulkan banyak masalah.  Pakatan juga bijak. Mereka menimbulkan pelbagai perkara, banyak isu supaya kerajaan tak sempat menjawab dan mereka boleh menyatakan apa yang mereka timbulkan adalah benar.

Sebab itu saya cenderung untuk memohon kepada pemimpin kita agar tidak membiarkan persepsi ciptaan mereka dilihat sebagai benar.




PUTRAJAYA 20 Jan. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan yang beliau tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

“Saya hanya boleh jawab bagi pihak diri saya sendiri dan saya tidak pernah hantar surat kepada FBI,” katanya ringkas.
Hishammuddin ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru itu bahawa Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelum ini turut mengeluarkan surat penje­lasan.
Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan kuasa yang ada pada menteri, beliau menandatangani surat itu dan Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelumnya juga berbuat demikian.

Kenyataan Ahmad Zahid itu merujuk kepada satu surat yang dihantar olehnya kepada FBI pada Disember tahun lalu berhubung status Wei Seng Phua (Paul Phua) yang sedang menghadapi pertuduhan menganjur perjudian haram di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar yang sama Ahmad Zahid menjelaskan bahawa suratnya kepada FBI bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua sebaliknya surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano pada 18 Disember tahun lepas itu adalah untuk menjelaskan status individu berkenaan.

Kata Ahmad Zahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, beliau menjelaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K Triad tidak wujud di Malaysia dan Paul bukanlah anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

Friday, 16 January 2015

KUCING SELAMATKAN BAYI..

MOSCOW 16 Jan. - Seekor kucing di Rusia dinobat­kan sebagai hero apabila menye­lamatkan nyawa seorang bayi yang baru lahir yang dibuang di sebuah pangsapuri di wilayah barat daya Rusia, daripada maut akibat cuaca sejuk.
Menurut laporan portal berita Mail Online, kejadian berkenaan ber­­laku di pangsapuri di Obninsk, wilayah Kaluga, apabila kucing yang diberi nama Marsha itu memanjat kotak berisi bayi lelaki tersebut dan memanaskan badan bayi itu selama beberapa jam dengan menjilat muka bayi itu.
Beberapa penduduk pangsapuri itu hanya menyedari kejadian tersebut apabila mendengar bunyi kucing seolah-olah sedang meminta bantuan dan tangisan bayi tersebut.
Penduduk pangsapuri itu, Nadezhda Makhovikova berkata, dia turun ke tangga apabila terdengar bunyi kucing sebelum terkejut melihat bayi lelaki itu menangis kesejukan.
Nadezhda kemudian menghu­bu­ngi pihak hospital untuk mengambil bayi berkenaan, dan kucing betina itu kemudian melarikan diri sebaik-baik kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian.
Seorang kakitangan hospital, Vera Ivanina berkata, kucing tersebut kelihatan bimbang apabila mereka mahu mengambil bayi berkenaan dan sempat mengekori paramedik itu sehingga ke ambulans.
“Bayi berusia antara dua dan tiga bulan itu berada dalam keadaan sihat walaupun terdedah kepada cuaca sejuk selama beberapa jam.
“Terima kasih kepada Marsha kerana menjaga bayi tersebut daripada mati akibat kesejukan,” katanya.
Ekoran kejadian itu, penduduk pangsapuri berkenaan melayan Marsha seperti hero dengan memberikannya makanan, manakala pihak berkuasa melancarkan gerakan mencari ibu bapa bayi lelaki itu yang kini dijaga oleh pihak hospital.- Utusan Malaysia


Monday, 12 January 2015

MH370, TRANSFORMASI UMNO, MUSIBAH BANJIR DAN LIMA 2015 ..

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan menjadi platform bagi Malaysia untuk memasarkan pendekatan kesederhanaan selaku Pengerusi ASEAN selain fokus utama dalam segmen ketenteraan.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dalam konteks dunia tanpa sempadan, pameran itu tidak seharusnya terarah kepada ketenteraan semata-mata kerana dunia perlu dipersembahkan dengan keunikan Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan LIMA 2015 akan menjadi pameran terbaik dan terbesar berbanding edisi sebelum ini, dengan peningkatan 11 peratus penyertaan syarikat pempamer. - 

Ulasan

Pada saya DS Hishammuddin agak berani. Ini dimensi baru LIMA. Sebelum ini LIMA hanya persoalan ketenteraan. Pamer, jual dan beli. Kali ini DS Hisham mahu ia pergi lebih jauh melangkaui pemikiran perniagaan.


Saya percaya LIMA 2015 tidak sama dengan LIMA yang lalu. Cabarannya jauh lebih besar kerana ancaman keganasan, perubahan cuaca yang ekstrim dan sebagainya. DS Hishammuddin juga agak berhasil. Selepas MH370, Transformasi UMNO, Musibah banjir dan sekarang LIMA 2015.

Di sisi yang lain entah mengapa akhir akhir ada penulis veteran agak kerap mencari jalan untuk mengatakan DS Hishammuddin bahkan DS Najib juga tiada kelayakan. Ini yang menjadikan suasana makin menarik, mencabar dan insyaallah mendidik bukan yang terbabit sahaja tetapi kita jugak sebagai manusia.





Marilah kita sama memerhati perkembangan ini tambahan pula DS Hishammuddin sentiasa berkongsi apa yang dilakukannya. Sambil kita berdoa, biarlah apa sahaja yang baik untuk negara dapat kita manfaatkan bersama.

Wednesday, 7 January 2015

POLIS ROGOL WARGA CHINA.

JOHOR BAHRU - Seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.
  
"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
  
Sulaiman berkata, suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.
  
Beliau berkata, kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.
  
Katanya, wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.
  
Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. - Bernama

Ulasan


Berita ini menarik bukan kerana peristiwa samun dan rogol. Ianya menarik kerana penjenayah terbabit mengaku sebagai anggota polis. Saya  rasa perkara ini bukan pertama kali berlaku.


Sebelum ini banyak kali dah orang mengaku polis buat jenayah. Saya  nak cadangkan kepada pihak berwajib supaya penjenayah yang menyamar ini dikenakan tindakan tegas untuk kedua dua kesalahan.


Kemudian war warkan hukuman tersebut supaya tak ada yang berani menyamar lagi..

Monday, 5 January 2015

HARAKAH SIARKAN BERITA PM SAKIT UNTUK JADI BAHAN BELASAHAN DAN LAWAK JENAKA !






Najib terkena jangkitan bakteria E.coli

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena jangkitan bakteria E.coli (Escherichia coli) semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini.
  
Ini dinyatakan melalui catatan di laman Twitter Pejabat Media Perdana Menteri hari ini.
  
"Doktor menasihatkan perdana menteri supaya berehat susulan perkembangan itu. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut catatan itu.
  
Sementara itu, Najib melalui catatan di laman Twitternye sendiri berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.
  
E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.
  
Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. -

Ulasan


Saya tidak mahu menyiarkan komen yang berkaitan namun percaya PAS tidak pernah berasa apa apa dengan apa jua apa yang disiarkan. Bahkan mereka sebenarnya memang berniat untuk malukan PM...pergilah menjengah Harakah dan berdoa agar wartawannya diberi hidayah.



Thursday, 25 December 2014

MUHYIDDIN RAMPAS KUASA !

Barangkali inilah harapan Pakatan. Tun Musa Hitam mula retak dengan Tun Mahathir sewaktu krisis Memali. Beliau seakan akan bertindak melangkau PM.

Anwar Ibrahim melakukan perkara yang sama sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997. Namun Tan Seri Muhyiddin kelihatan masih Timbalan kepada Perdana Menteri sewaktu ada pihak mahu melagakan beliau dengan DS Najib...

Baca .di sini..

Tuesday, 16 December 2014

JANGAN TERPEDAYA, 1 MDB HANYA HELAH BELA DIRI !


Saya agak bimbang bila ada orang percaya DS Najib Razak sedang berdepan bahaya besar kerana masalah 1 MDB. Barangkali terdapat sedikit masalah dalam pengurusan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan ini namun ia tidak sampai kepada keruntuhan sebuah kerajaan atau Perdana Menteri perlu letak jawatan.


Saya yakin isu 1MDB ini sengaja diperbesarkan bagi menutup perhatian rakyat kepada perbicaraan Anwar Ibrahim saman Anifah Aman. Saya yakin sangat saman ini adalah satu kesilapan besar Anwar Ibrahim.

Begitu banyak tawaran rasuah rupanya diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada pemimpin BN. Kalau dijumlahkan barangkali mencapai ratusan juta ringgit.
Saya menganggap seorang pemimpin yang sangat hina kerana gila kuasa tergamak cuba melakukan rasuah.




Isu kedua yang sangat menyukarkan Pakatan ialah perbalahan di antara PAS dan DAP yang nampaknya tidak dapat lagi diselamatkan. Saya yakin Pakatan sedang menuju kehancuran. 


Pemimpin dan Ahli UMNO perlu berhati hati. Saya tidak bermaksud DS Najib dan Kerajaan ini sempurna. Tapi saya yakin keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat seluruhnya masih dalam kawalan.

Kita pernah terperangkap dengan mainan persepsi Pakatan dahulu, dan kita tidak boleh membiarkannya berlaku sekali lagi.

Tuesday, 9 December 2014

NIZAR JAMALUDDIN KENA BELASAH !

Inilah hakikatnya. Dalam Dewan Nizar selalu kena belasah dengan penyokong kerajaan kerana pembohongan yang dilakukannya. Di luar Nizar Jamaluddin bercakap seolah olah dialah juara. Maka kita tidak hairan mengapa PAS sedang dilambung ombak dan hampir karam...
Langkah Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat kenyataan bercanggah mengenai pencapaian orang Melayu di negara ini mengundang padah apabila beliau gagal menyokong kenyataannya dengan fakta.
Mohamad Nizar (PAS-Changkat Jering) ketika membahaskan usul Bajet 2015 mempersoalkan rasional disebalik jawatan-jawatan penting dalam negara, kerajaan, syarikat kerajaan dan institut pengajian tinggi dipegang dan diberikan kepada orang Melayu.
"Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, jawatan ketua eksekutif GLCs dan jawatan tertinggi di IPTA semua dipegang dan diberikan kepada orang Melayu.
Kenapa jawatan-jawatan ini harus diberikan kepada hanya orang Melayu," kata Nizar ketika berbahas di hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Beliau yang enggan memberi laluan ketika Datuk Khusairi Talib (BN-Slim) meminta untuk mencelah seterusnya menuduh bahawa kedudukan orang Melayu masih terkebelakang berbanding kaum-kaum lain di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun negara sudahpun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya.
Menurutnya nasib orang Melayu akan kekal mundur tanpa apa-apa kejayaan sekiranya BN terus diberikan mandat untuk memerintah.
Tuduhan keterlaluan ini mengundang kemarahan Datuk Mohamad Zahir Mohad Khalid yang terpaksa menggunakan Perintah Tetap bagi membolehkan dirinya mencelah untuk menyangkal dakwaan keterlaluan Nizar.
"Changkat Jering buat tuduhan yang bercanggah. Tadi dia kata semua jawatan penting negara dipegang Melayu tapi sekarang dia kata pula orang Melayu tak maju walaupun dah 50 tahun merdeka.
"Dia (Nizar) tak sedar siapa yang jadikan dia seorang profesional (jurutera) seperti sekarang. Dia dapat biasiswa MARA untuk belajar ke luar negara...sekiranya bukan kerana UMNO memerintah negara, adakah dia ingat dia jadi seperti hari ini," kataya Mohamad Zahir.
Apabila Mohamad Zahir meminta Nizar membuat kenyataan sama ada beliau merupakan antara golongan anak Melayu yang berjaya berikutan polisi kerajaan UMNO yang sentiasa membantu kaum Melayu untuk maju, Nizar memilih enggan menjawab soalan tersebut.
Terperangkap dengan soalan Mohamad Zahir, Nizar kemudiannya meneruskan perbahasan dengan membangkitkan isu lain setelah Speaker Datuk Seri S.K Devamany membuat perintah supaya Nizar meneruskan ucapan tanpa perlu memberi penjelasan kepada Mohamad Zahir.

Saturday, 6 December 2014

PEMIMPIN UMNO DAH MAKIN BERANI !

Dulu selepas PRU 12, 2008 pemimpin UMNO terpaku. Tsunami Cina menjadikan pemimpin UMNO agak terkejut dan takut. Mana mana pemimpin yang bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina terperangkap dalam situasi sukar. Pada ketika itu pemimpin UMNO hampir tidak berani mahu bercakap tentang Melayu.

Di sisi yang lain, orang Melayu pulak berpecak secara mutlak. PAS dan PKR benar benar telah berjaya pecahkan undi Melayu sehingga Cina menjadi penentu kalah menang dalam PRU.



Keadaan dah berbeza sekarang. Pemimpin UMNO dah makin berani, terus terang dan jelas. DS Hishammuddin yang teruk terkesan pada PRU 12, nampaknya melakukan pemulihan dengan pantas . Kenyataannya tentang UMNO tidak lagi mencerminkan sebarang kerisauan.

Saya harap semua pemimpin UMNO akan kembali menjadi pejuang Melayu. DS Najib memulakannya dengan umumkan Akta Hasutan 1948 kekal. Ini permulaan yang amat meyakinkan.

UMNO tak boleh lagi nampak budiman untuk tagih undi Cina sebaliknya UMNO kena berusaha sedaya upaya memenangi hati orang Melayu untuk kekal berkuasa...

Wednesday, 3 December 2014

KITA AKAN KALAH PRU 14...

Memang ini kenyataan yang pahit dan sukar diterima tetapi inilah hakikat yang terpaksa ditelan. Pilihanraya adalah berkaitan dengan angka . Tiada perkiraan lain. Sebaik manapun UMNO ia tetap tidak bermakna selagi undi kita kurang daripada parti lain.



Dalam pada pelbagai teguran bahkan amaran pimpinan parti, UMNO masih gagal menyaingi DAP dari sudut mendaftarkan pengundi baru sedangkan kita tahu pengundi sedia ada telah memihak Pakatan. Pimpinan kita rasa saya telah lakukan yang terbaik untuk memberikan pedoman. Bahkan ada kalanya memberi kenyataan berunsur ancaman.



Pelbagai transformasi berlaku dengan jayanya di peringkat tertinggi. PAU 2014 menyaksikan transformasi dalam perbahasan dan usul. Semua akui transformasi pimpinan DS Hishammuddin ini telah terlaksana dengan cemerlang.

Sikap dan tingkahlaku pimpinan sangat inklusif sehingga perwakilan menjadi begitu dihargai dan gembira. Jurang yang selama ini dikatakan jadi pemisah telah tiada sama sekali.

Saya tidak pasti apakah ia akan merangsang orang UMNO selepas ini untuk menyingsing lengan. Masa sangat terbatas. DAP cukup laju bekerja. Jika UMNO bergerak dengan cara yang sama saya fikir memang kita memilih untuk kalah pilihanraya. Pada masa itu tiada apa apa dapat dilakukan lagi.


Sunday, 30 November 2014

SOLIDARITI..

Kita tak ada pilihanpun. Menyatu atau bersedia untuk kalah. Kita sentiasa ada sebab itu berbalah dan berbeza. malangnya sampai sanggup hilang kuasa.

Cina pulak sentiasa solid. DAP ke, MCA ke, Gerakan pun bila bertembung pasal kepentingan Cina mereka akan bertaut. Kita Melayu dah berpecah dengan PAS dan PKR, jangan pula berpecah dalam UMNO.



KUALA LUMPUR 29 Nov - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyeru para pemimpin dan ahli UMNO agar memperkukuhkan soladiriti sebagai kekuatan berhadapan ancaman luar biasa yang kian mencabar.

Beliau berkata, ianya sebagai pencetus semangat dalam menuntut kesepakatan semua pihak agar kekuatan parti dapat dipertahankan.

“Inilah realitinya, cabaran kita amat getir. Semakin kita mencatat kejayaan, semakin lebar tuntutan yang perlu dipenuhi, semakin tinggi kita memperolehi pencapaian, semakin meningkat cabaran yang perlu didaki.

“Namun yakinlah kita boleh, kita sebenarnya boleh.

"Saya amat percaya kita berupaya menangani ancaman dan cabaran ini,” ujarnya dalam ucapan sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014  (PAU 2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Hishammuddin turut mengingatkan berhubung kepentingan dalam mempertingkatkan sektor keselamatan dan pertahanan negara.

Jelasnya, kerajaan perlu memperkasakan aset dan kelengkapan pertahanan dalam berhadapan ancaman musuh negara.

"Aspek keselamatan yang dititik beratkan merupakan peringatan penting yang terkandung dalam wasiat Raja-raja melayu," ujarnya.


Monday, 24 November 2014

SAMPAI BILA BILA, BERULANG ULANG..

Ada yang merungut DS Hishammuddin kerap sangat menyebut perkara yang sama, berulang ulang. Namun hakikatnya Islam juga sampai kepada kita kerana Rasullullah berulangkali mengingatkan kita. Para da'i tidak jemu berdakwah.

Hakikatnya inilah sebab mengapa UMNO terbina dan bertahan. Perjuangan ini sepanjang zaman dan tidak boleh diubah. Jika UMNO lari daripada perjuangan ini, UMNO akan luntur ditelan zaman.



KUALA LUMPUR 23 Nov - UMNO tidak perlu apologetik dalam mempertahankan perkara-perkara yang menyentuh mengenai agama, bangsa dan kedaulatan raja-raja.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkara membabitkan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja itu disifatkan sebagai "tiang seri" yang mendukung kewujudan UMNO.

"UMNO tidak perlu apologetik dalam mempertahankan 'tiang serinya' itu, kerana perkara-perkara membabitkan agama, bangsa dan raja-raja juga termaktub di dalam perlembagaannya (UMNO)," katanya pada majlis diskusi bersama kira-kira 100 peguam muda Melayu yang menganggotai Bonafide of Umno, anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Bonafide of Umno yang diwujudkan di bawah biro itu, adalah satu kumpulan pengamal undang-undang yang mesra UMNO dan menjadi platform alternatif untuk golongan itu menyuarakan pandangan mereka. Turut hadir pengerusi biro itu Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung Umno 2014, berkata persoalan sama ada Akta Hasutan 1948 akan dipinda, dihapuskan atau menggubal akta baharu seperti Akta Keharmonian Nasional tidak timbul.

"Sama ada Akta Hasutan dipinda atau satu akta baharu digubal, ia akan tetapmempertahankan ketiga-tiga perkara membabitkan raja-raja, agama Islam dan bangsa Melayu," katanya.


Thursday, 20 November 2014

MEMIMPIN ASEAN MENGEKALKAN KEAMANAN .

KUALA LUMPUR 20 Nov - Masyarakat umum perlu tahu tentang pentingnya Asean dan bagaimana ia penting bagi kehidupan mereka dan rantau ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata oleh itu dasar keselamatan Asean harus lebih interaktif dan inklusif dalam penggubalannya untuk meningkatkan hubungan di dalam dan antara komuniti.

"Saya benar-benar mengalu-alukan idea untuk penyambungan sosial yang lebih besar ke arah mencapai matlamat ini.

"Tanpa keamanan, keselamatan dan kestabilan, komponen-komponen penting iaitu pendidikan, ekonomi, politik dan sosial tidak memberi apa-apa makna, lebih-lebih lagi ekoran ketegangan yang meningkat di peringkat global," katanya.

Beliau berkata sejak pelancarannya pada 9 Mei 2006 di Kuala Lumpur, ADMM yang merupakan mekanisme perundingan dan kerjasama pertahanan Asean, telah berkembang dalam tempoh bertahun-tahun.

Teks ucapanya dihantar ke Bernama.

"Kami sedar pelbagai peraturan yang sedia ada untuk membendung pelbagai ancaman terhadap keselamatan.

"Malaysia berharap untuk memainkan peranan yang membina bukan sahaja dengan mempengerusikan Asean tetapi juga melalui perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang dipersetujui oleh negara anggota, " katanya.

Hishammuddin berkata kejayaan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu bukan semata-mata untuk Malaysia, tetapi juga untuk memperjuangkan dan menampilkan suara yang bersatu mewakili Asean.

"Malaysia yakin bahawa melalui kematangan dan kebijaksanaan pemimpin kita dan penduduk Asean, kami dapat mengembangkan cara yang lebih konstruktif ke hadapan di tengah-tengah senario global yang tidak menentu.

"Malaysia berterima kasih atas penghormatan yang telah diberikan kepada kami dan akan melakukan yang terbaik untuk mengemudi Asean ke tahap seterusnya," katanya.

Tuesday, 18 November 2014

ORANG MENYAMPAH CARA HISHAMMUDDIN !

KUALA LUMPUR 17 Nov - Bukan mudah mengembalikan seramai 43 janazah penumpang Malaysia dalam pesawat penerbangan Malaysia Airline (MAS) MH17 yang telah dikembalikan ke tanah air baru-baru ini berikutan ia merupakan tanggungjawab besar untuk menangani kes tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau melahirkan rasa syukur apabila 43 jasad tersebut dapat dikembalikan meskipun kini banyak spekulasi yang timbul berhubung tragedi pesawat MH17 itu.

"Saya terharu dan bersyukur apabila sekurang-kurangnya dalam MH17 ini ada pendedahan sedikit kerana penumpang telah pun dikembalikan kepada keluarga.

"Itu bukan satu perkara yang mudah iaitu seramai 43 penumpang telah selamat dikembalikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas menerima kunjungan Kehormat daripada Komander Pasukan Marin Amerika Syarikat di Pasifik, Leftenan Jeneral John Toolan Jr. di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
hishammuddin, hishamuddin tun hussein onn, datuk seri hishammuddin hussein onn, MH17, MH370,Komander Pasukan Marin Amerika Syarikat di Pasifik, Leftenan Jeneral John Toolan Jr.,  pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar liwat, anwar peliwat, akta hasutan

Menurut Hishammuddin, badan-badan antarabangsa yang telah diwujudkan akan dilihat sebagai konteks oleh kerajaan sekiranya suspek yang menembak jatuh pesawat MH17 dapat dikenal pasti.

Katanya, cara suspek untuk dibawa ke mahkamah juga perlu dilihat dalam konteks badan-badan antarabangsa.

"Jika Perdana Menteri tidak berbincang dengan pihak berkenaan tidak mungkin kita menerima kotak hitam, kita boleh mengambil alih kawasan nahas ketika itu dan kembalikan jasad serta jenazah.

"Sama ada mereka yang menembak jatuh itu dapat dikenal pasti, cara bagaimana mereka ini akan dibawa ke mahkamah. Makhamah mana yang kita hadamkan? Itu mesti kita lihat dalam konteks badan-badan antarabangsa yang telah diwujudkan.

"Itu merupakan cara kita daripada dahulu lagi dan ia akan dibincangkan di peringkat tertinggi," katanya.

Sebelum ini, Russia mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara.

Ia berikutan tersebarnya imej satelit yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat penumpang dengan yang disiarkan oleh stesen televisyen utama Russia sejak malam tadi.

Laporan itu mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat (AS) atau British.

Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terbang melalui ruang udara wilayah bergolak di timur Ukraine ketika ia hilang dari radar.

Seramai 283 penumpang termasuk 80 kanak-kanak dan 15 anak kapal terbunuh dalam tragedi itu.

Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu pesawat MH17 sebenarnya ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine.

Ulasan

Ada orang tidak suka 

1. Menteri Pertahanan bercakap perkara ini berulang kali.
2. Menteri Pertahanan selalu mengangkat PM.

Saya meneliti perkara ini samada melalui media dan cakap cakap di kedai kopi.
Saya bimbang jika ' idea ' yang sama dikongsi oleh orang UMNO sebab kita nampaknya jauh berbeza dengan PAS dari sudut ini.

Dalam PAS ' imej Tok Guru, Ulama bahkan sesekali menghampiri keramat dicetuskan oleh orang orang tertentu sehingga Nik Aziz, Hj Hadi ( Contoh ) begitu dimuliakan kerana status yang diwujudkan ini.

Ini pembinaan karektor. Saya fikir inilah yang cuba dilakukan oleh DS Hishammuddin. Dalam pada begitu ramai menghentam PM kiri dan kanan DS Hishammuddin membawakan makna lain tentang PM. Inilah rahsia mengapa organisasi menjadi kuat. Ketua perlu ' lebih ' daripada orang lain.

Saya juga hairan kenapa orang marah kepada DS Hishammuddin kerana bercakap tentang kejayaan kerajaan dalam hubungan antarabangsa MH370 dan MH 17. Usaha kerajaan menangani perkara ini diiktiraf dunia dan kita pulak tidak gembira dengannya. Saya harap biarlah pembangkang saja yang sinis dan negatif. Malah jika ada dalam kalangan orang UMNO tidak suka perkara ini disebut maknanya mungkin ada yang mahu PM dan Kerajaan lebih banyak kegagalan...

Saturday, 15 November 2014

ANWAR RASUAH SAIFUL SEBUAH RUMAH !

Bila Islam mengharamkan sesuatu perbuatan, kita sebenarnya tak perlu bertanya. Islam agama sempurna yang jika kita patuhi akan menyelamatkan manusia seluruhnya.

Demikianlah jika kita bercakap tentang jenayah liwat yang Anwar lakukan terhadap Saiful. Begitu banyak kerosakan berlaku akibat perbuatan ini. Anwar sekeluarga terpaksa berbohong, terpaksa memfitnah pihak lain.


Pengikut Anwar tak semena mena berdosa kerana mempertahankan Anwar sedangkan mereka tahu Anwar memang peliwat.




Seorang kawan menimbulkan, untuk menawan Saiful, Anwar memberi begitu banyak rasuah. Terfikir saya jika Anwar membelikan Saiful sepasang pakaian bernilai 24 ribu ringgit, maknanya ia sama nilai dengan sebuah rumah PPRT.


Maknanya, Anwar begitu membazir hanya kerana nafsu songsangnya...