Saya yakin sangat sewaktu Lim Kit Siang dan DAP menimbulkan perkara ini, mereka tidak berhajat mahukan jawapan atau penjelasan. Mereka akan gunakan pula jawapan itu menimbulkan persepsi baru. Matlamat mereka ialah supaya pemimpin Kerajaan UMNO/BN dilihat sebagai kerap melakukan salah laku.
Saya fikir DS Hishammuddin telah mengambil langkah bijak kerana tidak menunggu lama untuk menjawab isu ini. Saya yakin sangat, jawapan pantas beliau menyebabkan rakyat tidak berteka teki dan yakin dengan ketelusan beliau.
Hakikatnya berdiam diri dalam keadaan tertentu boleh menimbulkan banyak masalah. Pakatan juga bijak. Mereka menimbulkan pelbagai perkara, banyak isu supaya kerajaan tak sempat menjawab dan mereka boleh menyatakan apa yang mereka timbulkan adalah benar.
Sebab itu saya cenderung untuk memohon kepada pemimpin kita agar tidak membiarkan persepsi ciptaan mereka dilihat sebagai benar.
PUTRAJAYA 20 Jan. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan yang beliau tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.
“Saya hanya boleh jawab bagi pihak diri saya sendiri dan saya tidak pernah hantar surat kepada FBI,” katanya ringkas.
Hishammuddin ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Beliau memberikan reaksi demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru itu bahawa Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelum ini turut mengeluarkan surat penjelasan.
Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan kuasa yang ada pada menteri, beliau menandatangani surat itu dan Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelumnya juga berbuat demikian.
Kenyataan Ahmad Zahid itu merujuk kepada satu surat yang dihantar olehnya kepada FBI pada Disember tahun lalu berhubung status Wei Seng Phua (Paul Phua) yang sedang menghadapi pertuduhan menganjur perjudian haram di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun dalam sidang akhbar yang sama Ahmad Zahid menjelaskan bahawa suratnya kepada FBI bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua sebaliknya surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano pada 18 Disember tahun lepas itu adalah untuk menjelaskan status individu berkenaan.
Kata Ahmad Zahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, beliau menjelaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K Triad tidak wujud di Malaysia dan Paul bukanlah anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.
Terbaik.Jawab sekali dah jelas. Lepas ni tak payah layan dah.
ReplyDeleteMaklumbalas begini memamng diperlukan bagi mengelakkan manipulasi isu oleh pembangkang. Terbaik Hisham.
ReplyDeleteHishammuddin dah banyak pengalaman. Dia tahu yang tersurat, tersirat.
ReplyDeleteAda percubaan nak lagakan Hishamudin dan Zahid. Ini mainan dap . Tapi saya percaya kedua duanya tidak akan terpengaruh.
ReplyDeleteSatu perkara yang pasti Datuk Hishammuddin memang hebat menjawab soalan.
ReplyDeleteHisham ni bintang terang. Dia kena hati hati. Silap cakap rugilah
ReplyDeleteSekarang ni kita tak tau apa musuh politik kita nak mainkan. Sebab itu pemimpin umno perlu sensitif dengan apa yang berlaku.
ReplyDeleteJawab. Diam maknanya tuduhan tu betul. Semua termasuk PM tak boleh diam diri dah.
ReplyDeleteSaya sangat berharap DS Mohd Najib juga tidak membiarkan pelbagai tohmahan berlarutan.
ReplyDeleteAku peghatikan Pakatan ni modalnya tipu. Kalau tak jawab depa untunglah.
ReplyDelete