KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan menjadi platform bagi Malaysia untuk memasarkan pendekatan kesederhanaan selaku Pengerusi ASEAN selain fokus utama dalam segmen ketenteraan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dalam konteks dunia tanpa sempadan, pameran itu tidak seharusnya terarah kepada ketenteraan semata-mata kerana dunia perlu dipersembahkan dengan keunikan Malaysia.
Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan LIMA 2015 akan menjadi pameran terbaik dan terbesar berbanding edisi sebelum ini, dengan peningkatan 11 peratus penyertaan syarikat pempamer. -
Ulasan
Pada saya DS Hishammuddin agak berani. Ini dimensi baru LIMA. Sebelum ini LIMA hanya persoalan ketenteraan. Pamer, jual dan beli. Kali ini DS Hisham mahu ia pergi lebih jauh melangkaui pemikiran perniagaan.
Di sisi yang lain entah mengapa akhir akhir ada penulis veteran agak kerap mencari jalan untuk mengatakan DS Hishammuddin bahkan DS Najib juga tiada kelayakan. Ini yang menjadikan suasana makin menarik, mencabar dan insyaallah mendidik bukan yang terbabit sahaja tetapi kita jugak sebagai manusia.
Marilah kita sama memerhati perkembangan ini tambahan pula DS Hishammuddin sentiasa berkongsi apa yang dilakukannya. Sambil kita berdoa, biarlah apa sahaja yang baik untuk negara dapat kita manfaatkan bersama.
Saudara, saya rasa LIMA kali aga berisiko. Kita terdedah ancaman pelbagai pihak. Mohon penganjur mengambil langkah berjaga jaga.
ReplyDeleteTahniah Datuk Hishamudin. Semoga berjaya sekali lagi.
ReplyDeleteIni memang zaman Hishammuddin. Allah lorongkan dia. Orang lain tak usah iri hati. Kita sokonglah sebab dia buat untuk negara jugak.
ReplyDeleteLIMA NI BENDA BESAR. KENA SERIUS PERANÇANGANNYA. AKU HARAP IA BERJAYA
ReplyDeleteSesiapapun ada kelemahan dan kelebihan. Kita orang melayu jangan korek kelemahan pemimpin sendiri. Macam bagi modal kat dap.
ReplyDeleteSaya yakin DS Hisham akan berjaya memimpin pasukannya. Beliau telah beberapa kali membuktikan.
ReplyDelete