Negarawan

Negarawan

Tuesday 9 December 2014

NIZAR JAMALUDDIN KENA BELASAH !

Inilah hakikatnya. Dalam Dewan Nizar selalu kena belasah dengan penyokong kerajaan kerana pembohongan yang dilakukannya. Di luar Nizar Jamaluddin bercakap seolah olah dialah juara. Maka kita tidak hairan mengapa PAS sedang dilambung ombak dan hampir karam...
Langkah Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat kenyataan bercanggah mengenai pencapaian orang Melayu di negara ini mengundang padah apabila beliau gagal menyokong kenyataannya dengan fakta.
Mohamad Nizar (PAS-Changkat Jering) ketika membahaskan usul Bajet 2015 mempersoalkan rasional disebalik jawatan-jawatan penting dalam negara, kerajaan, syarikat kerajaan dan institut pengajian tinggi dipegang dan diberikan kepada orang Melayu.
"Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, jawatan ketua eksekutif GLCs dan jawatan tertinggi di IPTA semua dipegang dan diberikan kepada orang Melayu.
Kenapa jawatan-jawatan ini harus diberikan kepada hanya orang Melayu," kata Nizar ketika berbahas di hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Beliau yang enggan memberi laluan ketika Datuk Khusairi Talib (BN-Slim) meminta untuk mencelah seterusnya menuduh bahawa kedudukan orang Melayu masih terkebelakang berbanding kaum-kaum lain di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun negara sudahpun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya.
Menurutnya nasib orang Melayu akan kekal mundur tanpa apa-apa kejayaan sekiranya BN terus diberikan mandat untuk memerintah.
Tuduhan keterlaluan ini mengundang kemarahan Datuk Mohamad Zahir Mohad Khalid yang terpaksa menggunakan Perintah Tetap bagi membolehkan dirinya mencelah untuk menyangkal dakwaan keterlaluan Nizar.
"Changkat Jering buat tuduhan yang bercanggah. Tadi dia kata semua jawatan penting negara dipegang Melayu tapi sekarang dia kata pula orang Melayu tak maju walaupun dah 50 tahun merdeka.
"Dia (Nizar) tak sedar siapa yang jadikan dia seorang profesional (jurutera) seperti sekarang. Dia dapat biasiswa MARA untuk belajar ke luar negara...sekiranya bukan kerana UMNO memerintah negara, adakah dia ingat dia jadi seperti hari ini," kataya Mohamad Zahir.
Apabila Mohamad Zahir meminta Nizar membuat kenyataan sama ada beliau merupakan antara golongan anak Melayu yang berjaya berikutan polisi kerajaan UMNO yang sentiasa membantu kaum Melayu untuk maju, Nizar memilih enggan menjawab soalan tersebut.
Terperangkap dengan soalan Mohamad Zahir, Nizar kemudiannya meneruskan perbahasan dengan membangkitkan isu lain setelah Speaker Datuk Seri S.K Devamany membuat perintah supaya Nizar meneruskan ucapan tanpa perlu memberi penjelasan kepada Mohamad Zahir.

No comments:

Post a Comment