Negarawan

Negarawan

Monday, 24 November 2014

SAMPAI BILA BILA, BERULANG ULANG..

Ada yang merungut DS Hishammuddin kerap sangat menyebut perkara yang sama, berulang ulang. Namun hakikatnya Islam juga sampai kepada kita kerana Rasullullah berulangkali mengingatkan kita. Para da'i tidak jemu berdakwah.

Hakikatnya inilah sebab mengapa UMNO terbina dan bertahan. Perjuangan ini sepanjang zaman dan tidak boleh diubah. Jika UMNO lari daripada perjuangan ini, UMNO akan luntur ditelan zaman.



KUALA LUMPUR 23 Nov - UMNO tidak perlu apologetik dalam mempertahankan perkara-perkara yang menyentuh mengenai agama, bangsa dan kedaulatan raja-raja.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkara membabitkan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja itu disifatkan sebagai "tiang seri" yang mendukung kewujudan UMNO.

"UMNO tidak perlu apologetik dalam mempertahankan 'tiang serinya' itu, kerana perkara-perkara membabitkan agama, bangsa dan raja-raja juga termaktub di dalam perlembagaannya (UMNO)," katanya pada majlis diskusi bersama kira-kira 100 peguam muda Melayu yang menganggotai Bonafide of Umno, anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Bonafide of Umno yang diwujudkan di bawah biro itu, adalah satu kumpulan pengamal undang-undang yang mesra UMNO dan menjadi platform alternatif untuk golongan itu menyuarakan pandangan mereka. Turut hadir pengerusi biro itu Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung Umno 2014, berkata persoalan sama ada Akta Hasutan 1948 akan dipinda, dihapuskan atau menggubal akta baharu seperti Akta Keharmonian Nasional tidak timbul.

"Sama ada Akta Hasutan dipinda atau satu akta baharu digubal, ia akan tetapmempertahankan ketiga-tiga perkara membabitkan raja-raja, agama Islam dan bangsa Melayu," katanya.


7 comments:

  1. Ahli nak bercakap tapi ada pihak letakkan pelbagai syarat. Ini membuatkan ahli bercakap perkara yang seronok dedengar sahaja.

    ReplyDelete
  2. Baik bila selalu disebut tapi mesti diikuti tindakan. kalau tidak jadi tong kosong.

    ReplyDelete
  3. Aku nak tgk PAU. Pantun seloka bergelak ketawakah lagi ?

    ReplyDelete
  4. Bersidang dan bersukarialah. Esok lusa dah nak hancur.

    ReplyDelete
  5. UMNO tak pernah gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu. cabaran makin hebat, UMNO perlu lebih kuat.

    ReplyDelete
  6. Umno memang selalu diperingat. Kalau tidak dia tak sedar sokongan dah makin merosot.

    ReplyDelete
  7. Sekarang Perhimpunan telah bermula. Berhimpunlah dengan niat kerana Allah.

    ReplyDelete