Negarawan
Thursday, 6 November 2014
PAU VS MAHARAJA LAWAK MEGA !
Maka sekali lagi Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada penghujung bulan ini. Seperti biasa PAU amat dinantikan bukan sahaja oleh ahli UMNO, Komponen BN, parti pembangkang bahkan rakyat seluruhnya.
Saya sendiri sejak belasan tahun kebelakangan tidak pernah tidak hadir samada sebagai perwakilan mahupun pemerhati. Orang UMNO tak mungkin dapat tidur lena jika tidak menjenguk sekejap ke PAU.
Saya mempunyai banyak perkara boleh dibincang jika bercakap tentang PAU tapi untuk sekali ini saya ingin menyentuh tentang perbahasan atau pembentangan usul. Seingat saya, setiap tahun ada perwakilan yang membangkitkan isu berkaitan orang Melayu, Islam dan segala yang berkaitan dengannya.
Namun hakikatnya UMNO tidak banyak ' beruntung ' dalam politik di Maaysia berbanding parti ' bangsa ' lain yang sebebas bebasnya membuat pelbagai kritikan dan tuntutan.
Kali ini dikatakan UMNO akan membuka gelanggang untuk perbahasan lebih terbuka termasuk membicarakan hal hal yang selama ini dikatakan sensitif.
Naib Presiden akan memandu para pembahas agar pernahasan menjadi lebih bermakna dan berharga khasnya untuk orang Melayu Islam.
Barangkali ada yang sinis dengan kemampuan DS Hishammuddin Hussein kesan serangan persepsi dahulu namun saya yakin dengan keupayaan beliau. Kita jangan lupa beliau telah berjaya memimpin perubahan pemilihan daripada 2500 pengundi dalam pemilihan kepada 150 ribu pengundi. Peningkatan yang amat luar biasa dan telahpun berjaya.
Saya mengharapkan para perwakilan akan lebih fokus dan serius. Saya berdoa agar PAU kali ini tidak lagi menjadi pentas lawak jenaka kerana orang Melayu dan UMNO tidak berada dalam keadaan selesa.
Dan hakikatnya walaupun kadang kala kita perlu juga bergurau dan melawak tapi bila melawak dalam semua keadaan, orang mungkin akan hilang kepercayaan..dan hilang kepercayaan bermaksud hilang undi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CINA DAP, MCA DAN GERAKAN SERIUS MEMBUAT TUNTUTAN TAK PIKIRPUN PERASAAN KITA. UMNO BANYAK SANGAT PIKIR, TAK ADA PAEDAH LANGSUNG!
ReplyDeleteGelak gelakpun dah banyak UMNO lakukan untuk orang Melayu
ReplyDeleteUmno perlu lebih serius. PRU 14 dah dekat. Setakat ini gerak kerja UMNO sangat perlahan
ReplyDeleteLawak gurau adalah budaya umno. Tak ada salahnya cuma jangan sampai tak ada perancangan untuk parti dan orang Melayu.
ReplyDeleteAku tgk yang bertungkus lumus untuk umno ni waniita dan puteri. Pemuda setakat bergaya je lah
ReplyDeleteTahniah Datuk Hisham. Kerap diberi kepercayaan memikul amanah berat. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberikan kejayaan
ReplyDeletePada aku tak ada masalah untuk menjadikan perhimpunan ceria tapi jangan lupa asas perhimpunan dan perjuangan
ReplyDelete