Negarawan

Negarawan

Tuesday, 19 November 2013

UMNO PERASAN ! PERASAN UMNO !


Inilah hasil pemerhatian saya. Sejak dahulu, UMNO sentiasa percaya bahawa ia akan bertahan kerana pembangkang bermasalah.

UMNO juga nampaknya amat bergantung kepada Badan Bukan Kerajaan,
( NGO ). Saya melihat keghairahan NGO memperkatakan pelbagai isu yang sepatutnya dibicarakan dalam kerangka politik UMNO.

Inilah kesilapan UMNO. Silap yang saya jangka jika tidak ditangani secara berkesan akan memberi padah kepada UMNO dalam PRU 14.

Sewaktu DAP ' menguasai ' PRU 13, sebenarnya DAP sedang menghadapi kemelut dalaman yang serius. Kemelut itu hakikatnya masih berlaku sehingga sekarang.

Budaya politik Cina, walau seserius manapun masalah dalaman mereka, ia tetap tidak akan menjejaskan undi. Undi mereka walaupun satu, tidak akan pergi ke parti yang lain selain yang diarahkan kepada mereka.

UMNO wajib sedar, bahawa menang kalah dalam pilihanraya bergantung kepada undi. Semakin banyak pengundi dapat ditawan, makin tinggi peluang untuk menang.

Kerja menawan pengundi ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh NGO. Tidak mungkin. Ia hanya boleh dilakukan oleh aktivis parti yang turun mengadakan pertemuan bersemuka dengan para pengundi.

Malangnya UMNO seakan perasan. UMNO seronok melihat begitu banyak NGO berjuang khasnya membabitkan bangsa dan agama. Sedangkan mereka lupa, ia sama sekali tidak memberi sebarang
 makna untuk pilihanraya.


3 comments:

  1. UMNO ni pada aku memang cari penyakit. Aku dah letihlah dengan Umno nih !

    ReplyDelete
  2. kita bercakap dlm skop media baru pon nampak sgt ORANG UMNO suka main taik dari menyedari hakikat anak cucu deme bakal "makan kuah"

    ReplyDelete
  3. Bosan dengan Umno. Macam kuat tapi lemah. Riuh rendah berkokok, ekor bergelumang najis!

    ReplyDelete