Negarawan
Saturday, 9 November 2013
LAGI KEZALIMAN KERAJAAN BN DIBONGKAR !!
Pesan Rasullullah SAW, sebaik baiknya sewaktu memberi sesuatu sumbangan, sedekah atau melakukan kebaikan, elakkan daripada menceritakannya kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa ri'a dan hilang keikhlasan.
Bahkan dikatakan sewaktu tangan kanan memberi, kanan kiripun tidak tahu. Begitulah.
Barangkali inilah pegangan Kerajaan BN sehingga sebahagian daripada dasar dan perancangan tidak dilihat sebagai ' kebaikan' kerajaan.
Dalam keadaan politik sekarang, di mana persepsi dan populariti menjadi asas penerimaan khalayak saya menyarankan agar kerajaan membesar besarkan apa juga tindakan yang dibuat bagi membantu meringankan bebanan rakyat.
Contoh yang sedang berlaku sekarang ialah, KAKITANGAN AWAM TERIMA DUA KENAIKAN GAJI.
Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) diberitakan telah mengeluarkan pekeliling yang merupakan surat opsyen kepada kira kira 600 ribu kakitangan awam samada menerima atau menolak tawaran kenaikan gaji dua kali bagi tahun 2013.
81 skim perkhidmatan terlibat dan dijangka akan menjawab opsyen ini selewat lewatnya pada bulan Disember 2013.
Tentunya ini khabar gembira buat kakitangan awam. Saya percaya tidak ada orang normal yang tidak mahu gajinya dinaikkan.
Sehingga kini saya mendapati berita ini tidak menjadi ' besar ', seakan tiada keghairahan. Ia tidak menjadi seperti berita ' harga minyak naik, harga ayam naik, subsidi gula disusun '.
Di pihak UMNO yang menjadi tunjang Kerajaan BN, ia seakan akan bukanapa apa untuk dirai sedangkan berita ini adalah mimpi ngeri bagi pembangkang yang berazam mengecilkan jumlah kakitangan awam..
Ini juga barangkali harus jadi bahan kajian UMNO. Menyusun strategi agar segala yang baik mendatangkan kesan yang baik dari aspek politiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masalah dengan pemimpin UMNO ialah masing masing nak tunjuk diri sendiri. Sebab itu UMNO bukan jadi benda utama untuk diketengahkan. Diri sendiri naik, UMNO merudum
ReplyDeleteAku rasa UMNO kena ada pasukan khas bagi menyusun kerja memenangi hati rakyat. Ahli MKT, Exco Pemuda, Wanita, Puteri yang ramai tu buat apa? Setakat nak nama baik tak payah. Bagi diorang tanggungjawab bukan bagi kontrak..sebab itu imej UMNO teruk!
ReplyDeletePRU 14 adalah PRU yang amat mencabar. PRK Sungai Limau boleh dijadikan pengajaran. UMNO perlu lakukan sesuatu supaya pengundi tahu apa yang kerajaan lakukan adalah apa yang UMNO mahukan.
ReplyDeleteSaudara Anon 1821,
ReplyDeleteCabaran yang UMNO tak dapat atasi ialah pemilihan bukan berdasarkan keupayaan tetapi penampilan khasnya di media. Ini mengakibatkan orang berkebolehan gagal menempatkan diri.
Kos sara hidup meningkat. Memang kena masanya peningkatan pendapatan diberi perhatian. Rakyat akan rasa bahagia jika tekanan ekonomi dapat dikurangkan.
ReplyDeleteKewajipan sesebuah kerajaan ialah mempastikan rakyat dapat berkongsi kemakmuran dan hasil negara.
ReplyDeletePercaya kepada Al-Quran Kerajaan/pemerintah adalah ALAT untuk mengharmonikan dan membela rakyat..Bukan pemerintah memberi rezeki tetapi Allah swt...tapi sayang...puak puak pembangkang kata kerajaan TAK BAGI...
ReplyDeletesetuju dengan daengselili...
ReplyDeleteSaya sanggah bahwa kakitangan kerajaan mewakili sebilangan besar rakyat. Mereka hanya lah lebih kurang dlm linkungan 10% dari rakyat tapi di jaga macam anak emas, Rakyat telah mengenal cara kerajaan mengenepi mrk dan sememangnya akan menolak kerajaan UMNO secara mengejut sekiranya harga2 yg disebut diatas tidak dikawal.
ReplyDeleteHah ! Hah ! Hah ! Anon 5: 49, ko mintak tolong Lim Kit Sianglah. Cina DAP yang naikkan harga barang bukan kerajaan.
ReplyDeleteWalaupun gaji naik kerajaan perlu mengawal harga barang sebab orang kampung yang tidak makan gaji mungkin jadi mangsa kenaikan harga. Kerajaan kena tunjukkan kuasa mengawal peniaga bkan peniaga yang mengawal kerajaan.
ReplyDeletesalam..blog tuan telah dipautkan..mohon pautan semula..
ReplyDeleteapple-bru.blogspot.com
tq..