Negarawan

Negarawan

Thursday, 7 November 2013

INILAH HISHAMUDDIN HUSSEIN !


Sebentar tadi saya menonton Buletin Utama TV 3. Siapa sahaja pasti tersentuh apabila menonton kaum keluarga, anak anak termasuk bayi yang baru lahir ditemukan dalam satu majlis.

Sewaktu wira itu gugur, anaknya masih dalam kandungan ibunya.

Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memang sebanyak manapun sumbangan diberikan tidak mungkin dapat menggantikan tempat orang yang telah pergi.

Tapi bukan itu sahaja yang ingin saya tampilkan. Saya ingin menyatakan kagum saya kepada DS Hishamuddin Tun Hussein. Kita tahu program dan perancangan ini adalah buah tangannya. Beliau Menteri Pertahanan.

Tapi beliau memilih untuk berada di belakang tabir. Beliau hadir tetapi sumbangan diumumkan dan disampaikan oleh Perdana Menteri.

Ini sebenarnya kekuatan beliau. Tidak ghairah dengan publisiti dan populariti. Ini juga barangkali yang cuba ditimbulkan oleh Blog Alahai Siluncai DISINI .

Saya mempunyai kepercayaan bahawa perancangan ini sudah dibuat lama tetapi pemilihan UMNO tidak menyebabkan ia diumumkan dengan segera.

Saya harap DS Hishamuddin akan mengekalkan sikap dan caranya. Bekerja kerana ' kerja ', bukan bekerja kerana kerjaya politik peribadi.

Rakyat sentiasa memerhati dan membuat penilaian...


7 comments:

  1. ada beberapa pakej yg semulajadi dalam diri beliau, tidak dinafikan...iaitu original caretaker

    ReplyDelete
  2. Aku pernah terlibat dalam program Pemuda semasa DS Hiham jadi Ketua Pemuda. Aku nampak dia adalah seorang pemimpin yang baik dan mesra. Peserta pada masa itu senang dengan beliau.

    ReplyDelete
  3. Kita orang Melayu. Kita mahu pemimpin Melayu. Kita tak akan hina pemimpin Melayu walau apapun alasannya.

    ReplyDelete
  4. Umno kena realistik. Pelapis mesti dipersiapkan supaya dpt berperanan dengan berkesan. Soal negara tak blh dibuat teka teki

    ReplyDelete
  5. Itu kata kita....tapi puak2 pengundi 'pelakun popular anugerah skrin' yang juga sama orangnye dgn puak puak yang memileh pemimpin umno nak kan yang popular. Yang boleh buat kita menangis....yang boleh melakunkan watak sayu pilu dan bergegar cakap pasal melayu. Pemimpin yg mcm Hisyam ni x popular. Masalahnye umno dah jadi producer filem yg paling popular. Tiap2 tahun sejak kebelakangan ni kan Najib dan Rosmah saje yg pegang tropi pelakun lelaki dan wanita TERBAIK.

    ReplyDelete
  6. Orang ingat Hishamuddin anak PM tak paham susah orang lain. Saya ada pengalaman minta tolong Datuk Hishamuddin masa diajadi Menteri Pelajaran. Memang dia tolong sungguh sehingga anak saudara saya dapat bertukar atas faktor kesihatan. Sebelum itu berbelas kali mohon tapi tak dapat. Jasanya kami kenang sampai bila bila.

    ReplyDelete
  7. UMNO sedang dalam keadaan ' sukar '. Pelbagai isu rakyat sedang melanda dan UMNO dilihat telah gagal. Tokoh seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussei perlu tampil pada masa seperti ini. Bercakap bagi pihak rakyat bawahan.

    ReplyDelete