Negarawan
Friday, 15 November 2013
LEBIH RAMAI GURU AKAN BERSAMA PAKATAN PADA PRU14.
MUHYIDDIN YASSIN RELAKAN GURU BERALIH ANGIN.
Saya mempunyai ramai rakan taulan dari kalangan guru. Bahkan saya kagum dengan pengorbanan mereka selama ini mendidik anak bangsa walau apapun cabaran yang dihadapi.
Saya perhatikan dalam UMNO guru adalah tenaga penting yang jarang bertanya apa yang UMNO boleh berikan kepada mereka sedangkan UMNO di banyak Bahagian dihidup dan digerakkan oleh para guru.
Akhir akhir ini saya dapati ramai rakan guru saya yang mula memberontak kerana Kerajaan seakan akan tidak mendengar dan memahami mereka.
Bebanan tugas guru memaksa guru bekerja 24 jam sehari kerana khasnya pengisian data yang melampau melalui talian yang kualitinya sangat rendah.
Sebahagian daripada data itu wajib diisi berulang kali sedangkan ia adalah data yang sama. Antara yang diberitahu kepada saya ialah,
E-SPLG , E- Operasi , E- Nilam, E- Kehadiran murid, E-SPPBS, E- Jabatan,
E- PPD, E - Pangkat, E- APDM, E- HERMIS, E-Emis, E- SSDM dan banyak lagi.
Hakikatnya kelemahan E- Sistem, Server dan jalur lebar memaksa guru bangun jam dua pagi tetapi masih gagal melaksanakan tugasan ini.
Malangnya guru yang tidak dapat melaksanakan tugasan namanya akan tersiar dalam laman tertentu dan akan dapat dilihat oleh manusia satu dunia.
Ini belum termasuk dengan pelaksanaan amalan Melindungi Masa Instruksional ( MMI ) di mana guru TIDAK DIBENARKAN melakukan aktiviti ko kurikulum pada waktu pagi.
Ini memaksa guru balik pada waktu petang hampir setiap hari.
Ada rakan guru yang berasa seperti menjadi buruh paksa. Keluarga dan diri sendiri terabai dan kebahagiaan mendidik semakin menipis.
Ada yang mengatakan Tan Seri Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran dilihat GAGAL SAMA SEKALI membantu guru untuk berasa bahagia dan gembira.
Malangnya di celah celah kelukaan ini pemimpin pembangkang menawarkan pelbagai kemudahan kepada mereka. Saya bimbang tapi tidak terkejut jika ramai guru akan mengundi pembangkang selepas ini.
Nampaknya ' kita ' yang mahu mereka berbuat demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya seorang guru. Sebenarnya bukan soal sokong atau bangkang kerajaan. Guru sangat tertekan dengan bebanan tugas yang sengaja diada adakan untuk kepuasan peribadi orang lain.Sekurang kurangnya ini yang saya rasa.
ReplyDeleteTS Muhyiddin banyak berjanji kepada guru tetapi setakat ini belum ada yang tertunai. Muhyiddin lupa janji, guru ingat dia mungkir.
ReplyDeleteKerajaan yang baik walau apa yang dibuat mesti ambil kira kebajikan rakyat. Kerajaan ini pasti akan terus disokong. Nampaknya memang kerajaan kita dahtak perlukan sokonganlah.
ReplyDelete