Barangkali pembaca menyedari betapa saya agak cenderung untuk memberikan perhatian yang lebih kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebenarnya saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya bahkan beliau tidak mengenali saya sama sekali.
Tetapi selepas beliau berjaya memenangi kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu, saya mula tertarik untuk melihat beliau secara lebih objektif. Akar umbi tahu bahawa kalau orang lain, rasanya sukar untuk menang kerana serangan terhadapnya amat luar biasa. Tapi beliau menang dan terus bekerja ' seperti biasa'.
MH 370 mengukuhkan kepercayaan saya bahawa saya betul apabila menjangka bahawa Datuk Seri Hishammuddin mempunyai kekuatan tersendiri yang selama ini terpendam. Dan dunia sependapat dengan saya.
Oleh yang demikian saya berharap kekuatan yang ada dapat digunakan untuk kukuhkan UMNO. Percayalah selepas PRU 13, UMNO tidak bergerak ke mana mana. UMNO kekal lesu dan tidak dinamik. UMNO perlukan seseorang yang boleh fokus terhadap kebangkitannya. PRU 14 sudah sangat hampir dan saya tidak pasti adakah UMNO sudah bersedia...
Setuju, UMNO tidak bergerak sama sekali. Buatlah sesuatu tak kira siapapun ketuanya.
ReplyDeleteumno ingat pembangkang problem dia boleh menang. Silaplah kau pikir macam tu
ReplyDeleteLatihan kepemimpinan, kursus kesedaran dan tahan lasak pernah dijalankan di waktu Datuk Hisham menjadi Ketua Pemuda. Saya fikir ia perlu dihidupkan semula supaya pemimpin UMNO dipelbagai peringkat tahu peranan dan tanggungjawab masing masing.
ReplyDeleteSiapa yang suka tengok Datuk Hisham punya facebook tau semangat kerja beliau. Sesuailah cadangan tuan tanah ni.
ReplyDeleteUMNO leka. Saya fikir lepas PRU 13 byk perkara nak dibuat tapi sampai sekarang tak ada apa pun.
ReplyDeleteSaya baca FB DS Hishamudin, ramai yang harap dan doakan beliau. Tak salah kita minat seseorang pemimpin tapi jangan halang jika orang lain minat pada yang lain pula. Yang paling penting parti dapat kita pertahankan.
ReplyDeleteSokong. Kerja dan parti mesti seimbang.
ReplyDeleteSteadylah hang ni. Mengaku teruih suka Hishamudin. Hah ! Hah ! Hah !
ReplyDeleteAku harap Hishammuddin dpt grakkan UMNO balik ......
ReplyDeleteMH 370 adalah musibah. Tapi di sebalik musibah ada hikmah tersembunyi, kita dapat pemimpin yang baik, ikhlas dan komited
ReplyDeleteUmno perlu bangkit. .... Harap DS Hisham dpt bangunkan umno unttuk manghdapi Pru akan dtg.. .
ReplyDelete