Negarawan

Negarawan

Saturday 5 July 2014

MENTERI MOHON RIZALMAN DIBERIKAN KEADILAN.

Menteri: Jangan adili Rizalman di media



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.'

Beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.

"Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Hishammuddin juga berkata kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.

"Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya.

Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.

Pada majlis itu, Hishammuddin menyampaikan sumbangan baju kurung dan wang tunai kepada 48 penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah.

Bernama

Ulasan

Hakikatnya kita belum tahu apa yang berlaku. Kita mendengar laporan media. Tertuduh ( di media ) belum lagi dihadapkan ke mana mana mahkamah. Betul jugak. Beliau ada keluarga, sahabat handai. Bahkan sebagai manusia tentunya beliau punya maruah.
Apapun sekiranya penyi asatan mendapati beliau bersalah, kita cadangkan hukuman berat kerana beliau telah menjatuhkan imej perkhidmatan dan imej negara.

13 comments:

  1. Benda belum pasti, sewajarnya elakkan komen melampau

    ReplyDelete
  2. Setuju. Yang kelam kabut buat laporan macam macam Pakatan. Mereka nak kaitkan juga dengan kelemahan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada unsur penganiayaan ?

    ReplyDelete
  4. Jika ia benar benar berlaku pegawai ini wajar dihukum sebab ia rosakkan imej ATM dan negara

    ReplyDelete
  5. Tahniah YB. Berlaku adil kepada semua. Mahkamah yang akan buat keputusan.

    ReplyDelete
  6. Ini baiknya Hishammuddin, sentiasa berfikir dari segala sudut

    ReplyDelete
  7. Askarpun manusia juga. Buat silap. Jangan kita pulak tukang sebar aib orang. Islam tak ajar tu

    ReplyDelete
  8. Kadang kadang kita yang suka heboh. Benda tak tentu tapi kita macam dah hukum. Setuju dengan Menteri.

    ReplyDelete
  9. Aku suka benar bila ada Menteri berani macam gini. Biasanya dulu dulu Menteri akan cakap ikut lenggok media Pakatan. Bagus dan teruskan.

    ReplyDelete
  10. kELAM KABUT NUAR BRAHIMNAK KAITKAN DAN BURUKKAN KERAJAAN. BODOH PUNYA ORANG !

    ReplyDelete
  11. Elok jugak hishamuddin bercakap. Kalau tidak bagi kat pembangkang, semua depa betoi !

    ReplyDelete
  12. Mana ada manusia yang tak pernah buat silap.. sejauh mana kebenaran & kesahihan sesuatu perkara tu biarlah ditentukan dengan cara yang betul. Jangan hanya dengan dgr cerita dari media terus nak menghukum dia. Eloklah ada menteri yang berfikiran macam Hishamuddin ni

    ReplyDelete
  13. Kalau menteri da kata gitu, kita hormat la kata2 beliau... kita ni tau berita dari media je sedangkan menteri ni tau lebih details

    ReplyDelete