Negarawan

Negarawan

Wednesday 16 July 2014

KJ SUDAH MULA KEMPEN PEMILIHAN UMNO, KEMPEN PRU 14 ?


Segar pagi ini. Cuaca cerah meraikan 19 hari Ramadhan yang insyaallah akan memperkukuhkan takwa kita kepada Allah Rabbul Jalil. Banyak peristiwa berlaku di dalam dan di luar negara tanpa atau dengan kawalan.

Sambil membelek belek beberapa blog saya terpanggil untuk berkongsi pandangan seorang Otai yang cukup disegani di negara kita ini.

Baca di sini

Saya tidak fikir ada keperluan untuk mengulas buat masa ini tetapi saya mempunyai kepercayaan bahawa kita harus membuka pintu perbincangan secara lebih luas, jujur dan berani.

Memilih pemimpin negara tentu tidak sama dengan memilih Ketua Kelas. Tun Mahathir satu ketika pernah mengaku tersilap memilih Pak Lah berasaskan kepercayaan bahawa ' Mr Clean ' sudah memadai untuk jadi pemimpin yang berkesan.

Bahayanya, dalam masa yang sama ada pemimpin cenderung untuk bercakap dan bertindak populis agar dilihat layak menjadi pemimpin No 1 negara. Pak Syed pasti sedar bahawa ada pemimpin berkebolehan tidak sempat ke hadapan kerana tidak bijak mencari lorong untuk meloloskan diri.

Ada pemimpin dengan beberapa kenyataan sahaja melonjak begitu tinggi tetapi belum sempat sampai di puncak telah kehilangan tenaga dan terhenti di tengah tengah.

Kita juga kebetulan berpeluang mendengar ucapan ringkas Khairy Jamaluddin yang secara sambil lalu mengumumkan bahawa ini adalah penggal terakhirnya sebagai Ketua Pemuda . Beliau mahu ke mana selepas ini ?

Khairy pada hemat saya tidak berada dalam kedudukan selesa jika faktor kegagalan menawan pengundi muda dalam PRU 12 dan PRU 13 diambil kira.
Khairy  hebat dalam gelanggang sendiri bilamana memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan cemerlang. 

Jika saudara membaca keseluruhan artikel Pak Syed, nampaknya ada kecenderungan untuk beliau semacam menamakan Hishamuddin Hussein sebagai bakal PM dengan membuka perbahasan untuk memilih siapa sebagai Timbalan PM.

Saya ada minat mendalam terhadap Tun M yang mungkin mempengaruhi saya cenderung kepada Mukhriz namun jauh di dalam hati saya terasa seperti Mukhriz sedang cemerlang di Kedah. Seperti Hishamuddin, Mukhriz juga seorang pekerja yang amat komited tetapi kurang bercakap sehingga kadang kadang akar umbi gagal mengesan mereka mahu ke mana ?






20 comments:

  1. Kalau tak ada orang nak bercakap, biar aku yang cakap. Selepas ini Hishamuddin & Mukhriz. Dua dua anak bekas PM. Dua dua pernah susah nak naik. Dua dua dah tau susah senang pimpin negara, setidak tidaknya mereka dah tengok bapak masing masing.

    ReplyDelete
  2. Saya suka Hishamuddin akhir akhir ini. Dah nampak keupayaannya. Cuma beliau perlukan Timbalan yang ' tidak berasa lebih ' daripada dirinya. Dari segi umurpun saya rasa mereka ngam !

    ReplyDelete
  3. Khairy juga ada potensi dan kebolehan. Cuma saya ingin mengingatkan beliau agar tidak gopoh. Yang berasa sangat hebat, Musa Hitam dan Anwar terhukum kerana ' perasan '.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa kempen tidak salah asalkan etikanya dipatuhi. kalau ada orang bagi belanja, ada orang tak bagi belanja. Ada orang kena dakwa, ada orang lepas. Benda ini yang rosakkan parti.

    ReplyDelete
  5. Sekarang rakyat malaysia pun rasanya setuju jika Hishamuddin menjadi timbalan pm. Kes mh370 dah menunjukkan beliau sebenarnya amat berkebolehan.

    ReplyDelete
  6. Lagi baik kalau Najib berani namakan pengganti. Sekurang kurangnya kurang sikit perebutan.

    ReplyDelete
  7. Kalau orang macam Tn syed kata Hisham, akupun kata Hishamlah. Cuma aku harap Hisham akan bergandingan dengan Mukhriz. Khairy selepas itu. Itupun jika dia sabar, tak melompat !

    ReplyDelete
  8. Kalau boleh berpakat lagi baik. Tapi saya dengar ada orang dah bela ketua bahagian selama bertahun tahun. Tak kan nak lepas begitu sahaja.

    ReplyDelete
  9. Patern kepimpinan negara tak sukar dijangka. Cuma saya memang harap kalau boleh Hishamuddin dan Mukhriz berganding. Khairy juga ok tetapi terlalu baru dalam parti dan saya melihat banyak tugasan pemuda tidak dibuat oleh Khairy dan barisan exconya.

    ReplyDelete
  10. Dari segi logik pun memang Hishamlah patutnya. Zahid dah berumur!

    ReplyDelete
  11. LA NI AKU DENGAQ RAMAI DOK MINAT HISHAMUDDIN. AKU SAPAPUN TAK PA ASAI UMNO SUDAH

    ReplyDelete
  12. Kita di Malaysia ni macam dah disusun. Saya nampak kita akan maintain sekurang kurangnya untuk beberapa penggal lagi. Dah cantik idea Tn Syed, Hisham dan Mukhriz macam Hussien dan Mahathir. Cuma harapan kita tak usahlah politiking sangat. Jaga parti sama sama

    ReplyDelete
  13. Manusia merancang, Allah merancang. Sesungguhnya segala usaha wajar dilakukan. Sebagai PM saya rasa DS Najibpun kena mula melatih pelapis, supaya rakyat tahu siapa yang beliau fikir sesuai meneruskan usahanya.

    ReplyDelete
  14. Istikharah. Serahkan diri kepada Pencipta. Saya peribadi percaya gandingan Hisham - Mukhriz.

    ReplyDelete
  15. Masing masing ada keinginan. Apapun letakkan parti di hadapan.

    ReplyDelete
  16. Saya harap DS Najib dapat berikan sedikit signal. UMNO punya ramai tokoh yang semuanya mempunyai kekuatan tersendiri. Apa salahnya PM memberikan panduan.

    ReplyDelete
  17. Insyaalah gandingan Hisham- mukhriz.

    ReplyDelete
  18. Tak ada masalah kalau kita nyatakan sokongan kpd tokoh yg kita suka asalkan kita tak jatuhkan tokoh yang lain

    ReplyDelete
  19. Apa saja jangkaan sebenarnya baik untuk parti asalkan kita positif dan berlapang dada. Danpaling penting kita menilai prestasi pemimpin.

    ReplyDelete
  20. Hishamuddin kena mantain. Aku test ramai orang, bila aku kata Hishamuddin bakal PM tiada sesiapapun pertikai. Mudah mudahan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete