Negarawan

Negarawan

Friday, 7 March 2014

PESAWAT HILANG, PANTASNYA MACAI PAS BUAT KESIMPULAN !


Saya sempat membaca sebuah blog pencacai Pakatan yang mengulas peristiwa sebuah pesawat MAS hilang dan dipercayai terhempas di Laut Cina Selatan. Saya tidak mahu menamakan Blog tersebut kerana tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran yang dibawanya.

Penulis ini dengan ria' dan takburnya mengaitkan kemalangan ini sebagai balasan Allah terhadap fitnah ke atas Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.


Sejak semalam saya dapati kesemua saluran media pembangkang mempunyai suara yang sama. Anwar adalah mangsa fitnah dan dianiaya oleh UMNO. Sedangkan tiada sesiapa dapat menjawab soalan ' Siapakah yang telah memasukan air mani Anwar ke dalam dubur Saiful?' Bahkan peguambela sendiri tidak menjawab soalan ini.

Saya sentiasa percaya apa jua yang berlaku di atas mukabumi mempunyai sebab tersendiri, ada hikmah bagi orang yang mahu berfikir. Kita orang Islam lebih bernasib baik sebab awal awal lagi diperingatkan agar yakin dengan lisan, perasaan dan perbuatan bahawa kita kena percaya kepada qadha dan qadar.

Samada kita suka atau tidak segala peristiwa ialah ujian kepada kita. Allah uji kita dengan kegembiraan dan kesedihan, kemenangan dan kekalahan, kemudahan dan kesukaran. Kita wajib percaya bahawa tiada tangan yang mampu mengubah apa jua yang Allah caturkan.

Pakatan pembangkang telah korbankan hampir segalanya. Mereka berbohong sepanjang masa. Mereka gunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Sebagai contoh sejak ditubuhkan PAS sentiasa menyatakan mahu menegakkan Daulah Islamiyah tetapi hakikatnya mereka tidak pernah bertanding kerusi parlimen yang mencukupi untuk jadi pemerintah.

Mereka bercakap mahu melaksanakan hudud tetapi hakikatnya mereka sampai sekarang belum duduk berbincang bagaimana ia boleh dilaksanakan.

Sekarang kita menjadi jelas, hakikatnya bila PAS diuji PAS hilang Tuhan, menafikan ALLAH sebagai pengatur segalanya. Percayalah apa yang berlaku bukan sekadar ujian tetapi balasan dari ALLAH terhadap penjual agamanya...


1 comment:

  1. Ya Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam, hantarkanlah anjing-anjing engkau untuk meruntuhkan kerajaan yang menahan dan menyembunyikan penumpang-penumpang pesawat MH370. Musnahkanlah tentera-tentera mereka Ya Allah.

    Ya Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam, hantarkanlah anjing-anjing engkau untuk meruntuhkan kerajaan yang menahan dan menyembunyikan penumpang-penumpang pesawat MH370. Musnahkanlah tentera-tentera mereka Ya Allah.

    Ya Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam, hantarkanlah anjing-anjing engkau untuk meruntuhkan kerajaan yang menahan dan menyembunyikan penumpang-penumpang pesawat MH370. Musnahkanlah tentera-tentera mereka Ya Allah.

    ReplyDelete