Negarawan

Negarawan

Friday, 28 March 2014

MH 370 - KITA SEMAKIN JELAS, SEMAKIN YAKIN...

Ini antara yang membezakan kita dengan saudara kita yang bukan Islam. Akhirnya kita menyerahkan diri dan segala urusan kita kepada Allah Azzawajalla, yang menghidup dan mematikan kita.



Sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, pihak berkuasa Malaysia telah dikritik oleh pelbagai pihak kerana didakwa lemah dalam mengendalikan krisis tersebut.

Di China, keluarga penumpang penerbangan itu, menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat.


Namun, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan yang Malaysia telah melakukan yang terbaik sejak 8 Mac lalu, sewaktu pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang.
 
Sewaktu taklimat hariannya hari ini, beliau diminta mengulas dan merenung, apakah yang akan dilakukannya secara berbeza untuk menepis kritikan tersebut.
 
"Saya tidak fikir kita akan mengendalikannnya dengan cara yang berbeza," jawab Hishammuddin.
 
"Semua yang telah dihamburkan dan dilabelkan pada kita, sejarah akan menilai kita sebagai negara yang sangat bertanggungjawab... kita seluk pekasam hingga ke pangkal lengan (dalam mencari pesawat).
 
"Kita telus dan tekal. Namun apabila dikuasa emosi, (persepsi) orang akan kabur. Sejarah akan menilai kita," katanya.

Hishammuddin juga memuji usaha Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.




( Sumber - Malaysiakini )



Sesuatu yang amat menarik untuk kita renungi ialah dalam ALLAH menguji kita, ALLAH anugerahi kita dengan seseorang yang cukup gigih, tabah, mendepani ujian besar ini.

Saya berbual dengan rakan rakan, semua sependapat betapa Datuk Seri Hishamuddin berada dalam kelas tersendiri, hampir tidak terjangka oleh kita kemam-

puan beliau menghadapi wartawan antarabangsa ( yang memang mencari salah ),

pemimpin dunia, kaum keluarga mangsa dan sebagainya.

Sebagai orang UMNO, pastinya kita berasa bangga kerana Hishamuddin tidak membawa dirinya tetapi  imej UMNO, Kerajaan dan negara. Kita semua mengharapkan agar Hishamuddin tidak terganggu dan terjejas . Segalanya sedang berlangsung dan berlaku.

Benar kata seorang teman, ' Tragedi MH370 ini kerja Tuhan, kebangkitan Hishamuddin juga kerja Tuhan '.










30 comments:

  1. Betul..betul. Kalau saya berpeluang saya ingin berjumpa Datuk Seri dan mengucap tahniah kepadanya. Pencapaiannya sangat membanggakan.

    ReplyDelete
  2. Semalam ada perjumpaan khas Ketua Ketua Kampong di Perak. Memang nama Datuk Hishamuddin disebut sebut oleh Ketua Kampong. Sebenarnya kami bangga sangat dengan kesungguhanya.

    ReplyDelete
  3. Kita sedang berada dalam keadaan sukar, eloklah kita saling sokong menyokong.

    ReplyDelete
  4. SEMOGA SEMUA BERAKHIR DGN BAIK...

    ReplyDelete
  5. Aku tak nampak pun juak juak UMNO dok support Hisham. Masa seronok bukan main ramai sekali kelilin. Ni yang dok angkat orang blog dua tiga org. Yang dok makan dengan umno selama ari ni mana ?

    ReplyDelete
  6. INI BARU PERMULAAN. ADA BANYAK LAGI CABARAN DIDEPAN SANA. MANTAPKAN PERIBADI, PERKUKUHKAN PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH. PERTOLONGAN ALLAH PASTI TIBA.

    ReplyDelete
  7. DAP sedang bermati matian berusaha membuktikan Kerajaan dan Hishamuddin telah gagal. BABI punya DAP!

    ReplyDelete
  8. Saya harap sangat UMNO makin pulih, makin kuat macam dulu. Nampak selepas PRU12 UMNO macam jadi tak berani bertindak.

    ReplyDelete
  9. Yang aku risau lepas ini ada pulak puak puak Umno sendiri yang sabotaj Hisham macam masa nak pemilihan dulu. Aku rasa Hisham ni ada pesaing yang tak sihat dalam Umno sendiri

    ReplyDelete
  10. Aku yakin satu masa kita akan dapat jawapan atas apa yang berlaku

    ReplyDelete
  11. Aku tgk DAP dah panas ponggong. Masalah besar dia orang bila ada pemimpin UMNO yang nampak mantap. Aku nak mintak Datuk Hisham jangan berubah dah, teruskan kerja. Rakyat sedang buat penilaian dan aku nampak makin positif dah la ni.

    ReplyDelete
  12. Balik ke KDN lah Hisham. Aku rasa Datuk Hisham ni dah dapat diri dia yang sebenar. Selamatkan negara kita. Kalau Tin Kosong jaga KDN aku rasa dah nak lunyai dah Kerajaan kita ni.

    ReplyDelete
  13. Ya ya makin jelas. Clear sangat pembangkang kita bukan ada matlamat kenegaraan pun. Hati depa busuk macam najis

    ReplyDelete
  14. Sekian lama kita bimbang , siapalah selepas Najib. La ni nampaknya kita ada jawapan. Cuma kita harap Hishamuddin dapat menjaga diri dan keluarganya. Imej amat penting bila bercakap nak jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  15. Ini yang dikatakan hikmah. Kita kenal Nuar Brahim, kita tau Kit Siang. Puak puak ni memang anak haramlah aku kata.

    ReplyDelete
  16. Kita terus berdoa agar penamatnya kemudahan dan kelapangan. Kita doa juga agar Hishamuddin dan para pegawai terus gigih melaksanakan tugas.

    ReplyDelete
  17. Fuckatan ...demam tak kebahlah korang. Haprak !

    ReplyDelete
  18. UMNO kena bersatu. Pemimpin hebat perlukan penyokong yang hebat juga

    ReplyDelete
  19. Kita menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan..yaAllah...

    ReplyDelete
  20. Makin ramai la pemimpin kt Malaysia ni da rase tergugat dengan Hisham...

    ReplyDelete
  21. aku seronok bila penyokong pas pun ada yang terang2 memuji hishamuddin.

    ReplyDelete
  22. DS Hisham, teruskan keperibadian yg disegani, usaha yg gigih, kepimpinan yg terus & ikhlas, sertakan tetapkan niat semuanye kerana Allah SWT serta hormati tanggungjawab sebagai seorang pemimpin demi negara, bangsa & agama...

    ReplyDelete
  23. Sebab tu lah kita perlukan pemimpin Melayu terus kekal & sentiasa kuat.. DS Hisham 1 seorg pemimpin Melayu yg patut dibanggakan

    ReplyDelete
  24. Moga Hisham diberi kesihatan yg baik & dipanjangkan umur. Kami memerlukan beliau sebagai pemimpin kami pada masa akan dtg

    ReplyDelete
  25. Yes...setuju sgt dgn artikel ni... terjadinya peristiwa adalah kerja Allah... bangkitnya Hisham sbg seorg pemimpin juga kerja Allah.

    ReplyDelete
  26. Kalau Hisham tabah menangani tragedi ni, kita rakyat Malaysia pasti boleh lebih tabah & bersatu bersama2 menyokong beliau

    ReplyDelete
  27. Kalau boleh nak jumpa Hisham skrg nk ckp saya sanggup bantu ape saja bg meringankan beban yg dipikul skrg ni

    ReplyDelete
  28. Hisham ni da boleh diangkat jd bakal PM da ni

    ReplyDelete
  29. Allah menguji perpaduan kita sebagai sebuah negara, 1 bangsa & 1 agama

    ReplyDelete
  30. Biarkan mereka menjerit2 menyalahkan Hisham or Malaysia, tapi kita sebagai orang Islam & rakyat Malaysia teruskan berdoa yang terbaik sebab doa adalah senjata paling hebat. Malah lebih hebat dari bom nuklear

    ReplyDelete