Negarawan
Monday, 24 March 2014
MH 370 SELEPAS 17 HARI, HISHAMUDDIN AKHIRNYA MENYERAH !
Itu yang pembangkang harapkan. Mereka membawa bersama mereka pencacai mereka bukan sahaja di dalam negara bahkan pendukung mereka di luar negara. Blog, twitter,portal yang pembangkang ' pelihara ' tidak henti henti menekan Kerajaan Malaysia khasnya Datuk Seri Hishamuddin Hussein , Pemangku Menteri Pengangkutan yang mengepalai gerakan mencari dan menyelamat MH 370.
Hakikat yang dunia akui :-
1. Malaysia telah melakukan segalanya dalam menghadapi krisis MH 370
2. Datuk Seri Hishamuddin telah melakukan yang terbaik dalam memimpin SAR MH 370
3. Tidak ada negara berani memberikan jawapan pasti terhadap apa yang berlaku
kepada MH 370 biarpun sebelum ini ada yang sinis terhadap Malaysia.
4. Kesemua negara yang membantu kita membantu kerana keberkesanan hubungan diplomatik yang kita jalinkan.
5. Keupayaan Datuk Seri Hishamuddin menghadapi wartawan yang sebahagiannya
mencari kelemahan dan kekurangan dikagumi umum.
6. Fokus Datuk Seri Hishamuddin dan para pegawai tidak pernah berubah- mencari
menyelamat dan menjaga hati dan perasaan kaum keluarga penumpang dan krew.
Kita agak malang. Pembangkang kita jauh berbeza dengan pembangkang di luar negara. Pembangkang kita tidak patriotik. Mereka bukan sahaja mahu melihat pemerintah jatuh tetapi mereka juga tidak ada masalah jika negara kita runtuh.
Saya jangka kita semakin hampir kepada jawapan. Mari terus berdoa dan berserah, Allah bersama kita insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perghh !! Terkejut aku Bro.
ReplyDeleteDiumumkan oleh PM bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi. Allah menguji kita.
ReplyDeleteTakziah buat keluarga dan sahabat handai
ReplyDelete