Negarawan

Negarawan

Sunday, 26 October 2014

TMI MUNGKIN BETUL.?

Bacaan awal di   sini .

Beberapa hari sahaja lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya bagi Tahun 2014. Seperti biasa Perhimpunan Parti Keramat ini sentiasa menjadi tarikan samada kepada orang UMNO mahupun rakyat terbanyak. Pembangkang lebih lebih lagi minatnya sebab mereka memerlukan kesilapan dan kelemahan UMNO untuk meneruskan hidup.

Sebagai parti yang lama, saya mengharapkan UMNO tidak menjadikan Perhimpunan ini sebagai medan bergelak ketawa, atau sekadar bertemu rakan rakan. Perhimpunan harus membicarakan persolan survival orang Melayu dan segala yang berkaitan dengannya.

Saya percaya pemimpin UMNO ramai yang bercita cita tinggi. Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin beberapa hari yang lalu tiba tiba melakukan kejutan dengan mempromosi Khairy Jamaluddin.

Baca di sini... Datuk A Kadir Jasin seperti biasa mempunyai pelbagai plot dalam penulisannya. Untuk yang ini beliau menyelitkan Datuk Hishammuddin Hussein sebagai watak sebelum Khairy.




Seperti Datuk A Kadir Jasin, saya juga mempunyai kecenderungan yang sama. Apa kata jika Perwakilan dalam mana kesempatan membicarakan siapa dan bagaimana pemimpin yang mereka mahukan selepas DS Najib. Mungkinkan kali ini akar umbi terbuka dalam memperkatakannya supaya perlumbaan ke arah itu dapat dikurangkan.

Dengan mengambilkira faktor usia Tan Seri Muhyiddin dan kita tahu hasratnya untuk tidak menjadi Perdana Menteri, salahkah kita mulakan perbincangan sewaktu perhimpunan ini ?

5 comments:

  1. Saya tak berapa setuju benda ni dibincang terbuka. Nanti berlaku pulak lobi berlebihan, politik wang. Paling bahaya bila saling sabotaj. Susah parti jadinya.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa UMNO belum bersedia untuk ini. Cuma aku harap perwakilan boleh lebih serius dan fokus.

    ReplyDelete
  3. Hukum akai lepas ni Hishammuddin. Kekananan, pengalaman, jatuh bangun beliau perlu diambil kira. Hakikatnya beliau tidak naik mudah, macam orang lain jugak.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya betul juga kta TMI. Selepas MH 370 kita dapat saksikan kemampuan DS Hisham. Kalau dia perform, apa salahnya dia diketengahkan.

    ReplyDelete
  5. Siapapun tak pa, asai jangan dok perjatuh kawan kawan

    ReplyDelete