Negarawan

Negarawan

Wednesday, 18 June 2014

ISTERI EDAR DADAH, WARTAWAN DIBELASAH !

Satu ketika ramai menyatakan, pergilah ke Kelantan. Kita akan nampak kehidupan Islam sebenar di sana. Kemudian kita saban hari membaca atau mendengar Kelantan adalah pusat penyeludupan minyak, pusat pengedaran pil kuda, pusat rogol beramai ramai dan banyak lagi. Maka sayapun tertanya tanya, Islam apa yang Pas ajarkan kepada rakyatnya di Kelantan?

Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

KOTA BHARU 18 Jun - Ditumbuk bertalu-talu sebelum dipijak di kepala. Itu pengalaman pahit yang dilalui seorang jurugambar Utusan Malaysia ketika sedang membuat tugasan di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, jurugambar tersebut, Irwan Majid, 31, cedera di kepala dan tangan kiri selepas dibelasah dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah jenis heroin.

Salah seorang suspek dikatakan suami kepada wanita terbabit.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Irwan berkata, kejadian berlaku ketika dia serta dua lagi rakan pemberita sedang merakam gambar tertuduh yang diiringi keluar dari mahkamah.

"Semasa saya berada di hadapan tertuduh, seorang lelaki meluru dan terus menumbuk saya berkali-kali sehingga saya terjatuh. Dia juga cuba menarik kamera yang saya sandang di bahu.

"Saya melawan dan kami bergelut seketika sebelum seorang lagi lelaki turut menyerang dan bertindak memijak kepala saya," katanya.

Beberapa anggota polis yang melihat insiden tersebut segera meleraikan pergaduhan manakala Irwan sempat menangkap suspek yang bergelut dengannya dengan cara memaut leher lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki yang memijak kepalanya berjaya melarikan diri. Selain itu, kamera mangsa turut pecah selepas terjatuh ketika dia dibelasah dua suspek berkenaan. Irwan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, suspek ber-usia 46 tahun yang ditangkap akan direman untuk membantu siasatan.

"Seorang lagi suspek telah dikenal pasti dan usaha untuk menahannya sedang dijalankan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kerana ugutan jenayah dan bencana kepada harta benda," katanya.-Utusan Online-

MUSUH DALAM SELIMUT BUKAN SEKADAR MILITAN, DATUK SERI..





Video di atas adalah komen Menteri Pertahanan terhadap seorang anggota TLDM yang disyaki sebagai anggota kumpulan militan atau pengganas. Sebagai rakyat saya berasa lega dengan jaminan Datuk Seri Hishamuddin bahawa pasti musuh dalam selimut tidak akan terlepas daripada tindakan.

Cuma saya mempunyai harapan yang lain. Selain Menteri dan Pemangku Menteri Datuk Seri juga adalah Naib Presiden UMNO, parti tunjang kepada Kerajaan semasa. Saya berat hati ingin menyatakan sebagai akar umbi yang jelas tunjangnya, berpaksi sifatnya, saya merasakan bahawa UMNO juga mempunyai musuh dalam selimut.

Apabila ada isu isu pokok perjuangan UMNO asalnya, misalnya soal ketuanan Melayu, soal hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja Raja Melayu ditimbulkan, akan ada pemimpin UMNO sendiri yang tampil di pentas terbuka menolaknya maka saya berasa perbuatan ini adalah menggunting selimut.

Apabila ada pemimpin tertinggi Kementerian atau Jabatan Kerajaan lambat menjayakan sesuatu dasar untuk kepentingan Melayu, mereka juga termasuk dalam senarai musuh dalam selimut.

Apabila ada orang orang tertentu dalam UMNO, menafikan peluang                  ' mempertahankan  ' UMNO misalnya melalui saluran undang undang, maka mereka juga adalah musuh dalam selimut UMNO, Datuk Seri.

Khasnya menjelang Pemilihan UMNO yang lalu ada individu atau kumpulan yang bekerja keras merosakkan nama dan imej pemimpin tertentu untuk menaikkan pemimpin tertentu pula ( Sedangkan semuanya dalam keluarga UMNO ), saya fikir sekali lagi kita membiarkan musuh dalam selimut kita berkembang. Mereka membentuk persepsi buruk yang akhirnya digunakan oleh pembangkang sebagai modal kempen pilihanraya.

Makanya Datuk Seri, setelah melihat Datuk Seri begitu berkesan khasnya selepas MH370, kekuatan dan komitmen yang sama saya harap digunakan untuk menghapuskan segala musuh dalam selimut UMNO, sementara masih ada sedikit masa sebelum Perang PRU 14 menjelang tiba.



Tuesday, 17 June 2014

WANITA TERGANTUNG BUKTI BERLAKU KEBANJIRAN WARGA CHINA !





Ini seorang. Kita selalu mendengar apabila pihak berkuasa menyerbu rumah urut, pusat pelacuran, pusat perjudian ramai warga China ditahan. Saya tertanya tanya ke mana warga China ini dibawa?

Saya juga sedar tentang pelbagai operasi memburu warga asing tetapi tidak pula pernah mendengar ada warga China ditahan.

Atau adakah masuk secara sah tetapi tinggal secara tidak sah bukan merupakn satu kesalahan?

Mungkinkah kebanjiran warga China ini menyumbang kepada majoriti luar biasa DAP di bandar bandar ?