Negarawan
Sunday, 9 March 2014
TERUS BERDOA, ALLAH YANG MEMUTUSKAN !
40 Kapal, 22 pesawat, ratusan pakar, ribuan doa. Mari kita terus berdoa mudah mudahan Allah berikan pertolongan. Terkini ada laporan yang menyatakan bahawa tiada sebarang letupan di udara dalam beberapa hari kebelakangan.
Kerajaan khasnya DS Hishamuddin Hussein sedang melakukan apa yang terdaya untuk membantu mencari dan menyelamat mangsa serta dalam masa yang sama menjaga kebajikan kaum keluarga yang sedang menanti dengan penuh harapan.
Dua Kementerian sedang bertungkus lumus memberikan komitmen terbaik mereka.
Sesuatu yang amat kita syukuri ialah apabila kita mendapat bantuan yang amat luarbiasa daripada pelbagai negara. Australia, Singapura, Vietnam, USA, Cina dan Hong Kong telah memberikan pelbagai bentuk bantuan.
Pada ketika ini kita sedar bahawa apabila kita tidak berkira menghulur bantuan kepada negara lain, kita pula mendapat bantuan semasa kita amat memerlukan.
Kita usah berpatah harap, mari kita terus berdoa mudah mudahan segalanya akan berakhir seperti yang kita harapkan...
Saturday, 8 March 2014
BERKONGSI ...
Ini adalah salah satu gambar yang diambil petang Sabtu ( 8 Mac 2014 ) di KLIA. Negara sedang dilanda kesedihan apabila pesawat Boeing MH 370 yang dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing dilaporkan hilang daripada liputan sebarang radar.
Datuk Seri Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengangkutan telah menggunakan seluruh agensi yang berada di bawahnya bagi melakukan apa sahaja bukan sekadar untuk melaksanakan operasi mengesan, mencari dan menyelamat tetapi turut memberikan masanya buat menenangkan kaum keluarga yang terlibat.
Umum mengetahui apa yang berlaku, apa yang telah kerajaan lakukan tetapi siapakah yang dapat menyelami hati bimbang kaum keluarga, anak anak, isteri dan suami yang ditinggalkan.
Sekeping gambar menceritakan seribu cerita. Tahniah DS Hishamuddin , Tan Seri Muhyiddin dan DS Najib sendiri kerana dapat dilihat kegusaran dan simpati di wajah mereka. Jelas, tokoh tokoh ini bukan sekadar pengurus dan pentadbir tetapi pemimpin yang memahami hati nurani rakyat.
Adakalanya kesedihan dan keresahan kita dapat dikurangkan jika kita tahu ada yang berkongsi perasaan yang sama dengan kita. Dan kita akan rasa bersyukur kerana yang berkongsi itu adalah pemimpin yang kita hormati...
Friday, 7 March 2014
PESAWAT HILANG, PANTASNYA MACAI PAS BUAT KESIMPULAN !
Saya sempat membaca sebuah blog pencacai Pakatan yang mengulas peristiwa sebuah pesawat MAS hilang dan dipercayai terhempas di Laut Cina Selatan. Saya tidak mahu menamakan Blog tersebut kerana tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran yang dibawanya.
Penulis ini dengan ria' dan takburnya mengaitkan kemalangan ini sebagai balasan Allah terhadap fitnah ke atas Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Sejak semalam saya dapati kesemua saluran media pembangkang mempunyai suara yang sama. Anwar adalah mangsa fitnah dan dianiaya oleh UMNO. Sedangkan tiada sesiapa dapat menjawab soalan ' Siapakah yang telah memasukan air mani Anwar ke dalam dubur Saiful?' Bahkan peguambela sendiri tidak menjawab soalan ini.
Saya sentiasa percaya apa jua yang berlaku di atas mukabumi mempunyai sebab tersendiri, ada hikmah bagi orang yang mahu berfikir. Kita orang Islam lebih bernasib baik sebab awal awal lagi diperingatkan agar yakin dengan lisan, perasaan dan perbuatan bahawa kita kena percaya kepada qadha dan qadar.
Samada kita suka atau tidak segala peristiwa ialah ujian kepada kita. Allah uji kita dengan kegembiraan dan kesedihan, kemenangan dan kekalahan, kemudahan dan kesukaran. Kita wajib percaya bahawa tiada tangan yang mampu mengubah apa jua yang Allah caturkan.
Pakatan pembangkang telah korbankan hampir segalanya. Mereka berbohong sepanjang masa. Mereka gunakan agama untuk kepentingan peribadi.
Sebagai contoh sejak ditubuhkan PAS sentiasa menyatakan mahu menegakkan Daulah Islamiyah tetapi hakikatnya mereka tidak pernah bertanding kerusi parlimen yang mencukupi untuk jadi pemerintah.
Mereka bercakap mahu melaksanakan hudud tetapi hakikatnya mereka sampai sekarang belum duduk berbincang bagaimana ia boleh dilaksanakan.
Sekarang kita menjadi jelas, hakikatnya bila PAS diuji PAS hilang Tuhan, menafikan ALLAH sebagai pengatur segalanya. Percayalah apa yang berlaku bukan sekadar ujian tetapi balasan dari ALLAH terhadap penjual agamanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
