Negarawan

Negarawan

Saturday, 13 September 2014

SUKAR DAN MENCABAR !

SEPANG 12 Sept - Keselamatan anggota penyiasat daripada Malaysia tidak akan dipergunakan oleh kerajaan ekoran pasukan penyiasat kini berhadapan kesukaran untuk memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perjalanan ke lokasi nahas bagi anggota penyiasat perlu diambil kira dan selamat setelah pertimbangan dilakukan.

"Amat sukar bagi pasukan penyiasat untuk masuk ke lokasi nahas berikutan pergolakan (di situ). Kita perlu tahu kawasan itu dikuasai pihak mana dan mesti akur arahan pihak terbabit.

"Kita juga menunggu laporan dari semua pihak termasuk perisik sebelum boleh masuk ke lokasi itu," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Sebelum itu, beliau telah mengadakan lawatan ke Kiev, Ukraine bersama Hamzah bagi mendapatkan persetujuan pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah untuk membenarkan pasukan penyiasat masuk semula ke kawasan nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Di samping itu, beliau turut akan mengadakan perbincangan lanjut terhadap proses pencarian dan penyiasatan berhubung tragedi berkenaan.



No comments:

Post a Comment