Negarawan
Wednesday, 2 July 2014
VIDEO - HARI HARI TERAKHIR KHALID SEBAGAI MB SELANGOR !
Ini jangkaan saya. Pelbagai cara telah dilakukan bagi menggambarkan Khalid tidak layak memimpin Selangor. Ironinya, beliau cuba dijatuhkan oleh partinya sendiri.
Alangkah baiknya jika UMNO Selangor dapat berperanan dengan berkesan...
Tuesday, 1 July 2014
TAK MUNGKIN DS ZAHID MAKSUDKAN BAHAWA TUN MAHATHIR JUGA TIDAK BIJAK, GAGAL MENTAFSIR SESUATU YANG POSITIF ?
Sesekali pemikiran negatif saya melintasi rasional. Saya terasa semacam pemimpin UMNO menganggap orang UMNO ini sukar dibentuk dan dididik. Sehingga ada perkara yang memerlukan orang UMNO hanya menjadi pemerhati. Pemerhati pasiF yang pendiam.
Di satu sudut yang lain, saya terfikir pula, tak kan orang seperti Tun Mahathir dan bekas Ketua Hakin Negara juga tergolong dalam golongan orang Melayu yang sukar diberi kefahaman? Mungkinkah mereka juga tidak bijak kerana berasa risau ?
ROGOL ANAK DALAM KEBUN GETAH !
Saya sebenarnya pelik. Bagaimana seorang bapa boleh memandang anaknya yang berumur 14 tahun dengan syahwat ? Saya bertambah pelik apabila ianya berlaku di Negeri Kelantan yang dikatakan sarat dengan syiar Islam. Dikatakan di Kelantan, orang meletakkan agama di atas segala galanya.
Saya mengesyorkan agar kajian dibuat bagi menjawab beberapa persoalan yang menarik untuk dibincangkan.
1. Terlalu banyak jenayah seksual berlaku termasuk yang melibatkan keluarga
2. Terlalu banyak kes penyeludupan
3. Terlalu banyak kes dadah khasnya pil kuda
Adakah ini bala kerana kerajaan PAS Kelantan memperalatkan agama untuk kekal berkuasa..?
Berita terbaharu...

KOTA BHARU - Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.
Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)