Negarawan

Negarawan

Thursday 30 October 2014

PEMUDA TAK DAPAT SAINGI PUTERI !


Saya amat berbesar hati mendapat kunjungan hormat dari pucuk pimpinan Puteri UMNO Malaysia pada tengahari tadi yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Hjh. Mas Emiryati. PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA turut memberikan input dan maklumbalas berkaitan golongan wanita muda serta perkara berkaitan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan datang. Saya turut berkesempatan berkongsi pengalaman saya semasa menerajui kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia suatu ketika dahulu. It was a fruitful discussion, I wish all the best to Pergerakan Puteri UMNO Malaysia!
Perjumpaan yang sangat berharga bersama YB Dato Seri Hishammuddin Hussein. Berkongsi pengalaman beliau di dalam arena politik dan memberi semangat kepada Puteri UMNO untuk terus maju.

Kagum dengan semangat juang beliau. 


Saya memetik bahan di atas daripada FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Tidak pula saya bermaksud inilah yang terbaik tetapi kita dapat melihat kesungguhan politik Puteri UMNO.

Mereka bergerak, mereka hidup dan sentiasa berusaha meningkatkan diri. Bertemu orang lama, bertukar pandangan dan fikiran. DS Hishammuddin mempunyai keupayaan mendengar dan melayan yang tinggi. Orang UMNO tahu ini.

Beliau ahli politik yang walaupun elit tapi naik perlahan melalui tangga. Tentu banyak yang boleh dikongsikan.

Saya menunggu PEMUDA untuk bergerak selaju atau lebih laju daripada Puteri. hakikatnya PEMUDA belum bermula. Saya bimbang jika PEMUDA berfikir mereka boleh berharap kepada wibawa Khairy. Saya tidak fikir Khairy mampu melakukan segalanya bersendirian.

Ayuhlah PEMUDA. PRU 14 sebenarnya sangat hampir dan UMNO tidak berada dalam keadaan selesa.

Sunday 26 October 2014

TMI MUNGKIN BETUL.?

Bacaan awal di   sini .

Beberapa hari sahaja lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya bagi Tahun 2014. Seperti biasa Perhimpunan Parti Keramat ini sentiasa menjadi tarikan samada kepada orang UMNO mahupun rakyat terbanyak. Pembangkang lebih lebih lagi minatnya sebab mereka memerlukan kesilapan dan kelemahan UMNO untuk meneruskan hidup.

Sebagai parti yang lama, saya mengharapkan UMNO tidak menjadikan Perhimpunan ini sebagai medan bergelak ketawa, atau sekadar bertemu rakan rakan. Perhimpunan harus membicarakan persolan survival orang Melayu dan segala yang berkaitan dengannya.

Saya percaya pemimpin UMNO ramai yang bercita cita tinggi. Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin beberapa hari yang lalu tiba tiba melakukan kejutan dengan mempromosi Khairy Jamaluddin.

Baca di sini... Datuk A Kadir Jasin seperti biasa mempunyai pelbagai plot dalam penulisannya. Untuk yang ini beliau menyelitkan Datuk Hishammuddin Hussein sebagai watak sebelum Khairy.




Seperti Datuk A Kadir Jasin, saya juga mempunyai kecenderungan yang sama. Apa kata jika Perwakilan dalam mana kesempatan membicarakan siapa dan bagaimana pemimpin yang mereka mahukan selepas DS Najib. Mungkinkan kali ini akar umbi terbuka dalam memperkatakannya supaya perlumbaan ke arah itu dapat dikurangkan.

Dengan mengambilkira faktor usia Tan Seri Muhyiddin dan kita tahu hasratnya untuk tidak menjadi Perdana Menteri, salahkah kita mulakan perbincangan sewaktu perhimpunan ini ?

Sunday 19 October 2014

GANDINGAN HISHAMMUDDIN - MUKHRIZ ?

Saya memang selalu membaca tulisan A. Kadir Jasin tidak kira di mana beliau menulis dan apa yang ditulisnya. Sedikit sebanyak saya dapat membaca          A Kadir Jasin ini walaupun barangkali tidak tepat sepenuhnya. Saya juga membaca tulisan beliau yang ini..di sini...

Sesuatu yang kita sedari A Kadir Jasin bukan orang biasa. Pengalamannya amat luas dan pemerhatiannya tentu lebih tajam daripada orang biasa seperti saya.
Atas kedudukannya dan pengalamannya saya jadi tertanya tanya mengapa beliau secara agak mengejut begitu yakin untuk memperkatakan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebab itu saya ingin ' berbeza ' dengan beliau. Saya percaya selepas ini melalui proses yang betul dan benar DS Hishammuddin akan menjadi Perdana Menteri. Berbanding Khairy , DS Hishammuddin telah pernah cuba dijatuhkan pada pemilihan yang lalu dan ini era kebangkitan beliau.

Entah mengapa dan siapa puncanya, DS Hishammuddin telah berjaya dilihat gagal samada sebagai Ketua Pemuda UMNO mahupun sebagai Menteri Dalam Negeri. Hampir sederap orang UMNO percaya bahawa DS Hishammuddin telah gagal.

Saya ingin bertanya, pada era Khairy bilamana pengundi muda dilihat berbondong bondong mengundi Pakatan Rakyat, adakah beliau dihukum gagal?

Sewaktu DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai KDN , mengeluarkan begitu banyak amaran termasuk mahu menangkap Mohd Sabu dengan timbunan bukti Gred A nya sedang sehingga sekarang tiada apa apa berlaku,adakah beliau digelar Menteri Amaran?

Maksud saya ialah telah terbina persepsi ' kesalahan'  yang dilakukan oleh DS Hishammuddin tidak pula dikatakan salah jika dilakukan oleh orang lain.

Khairy seorang yang bijak berpolitik. Tindakannya populis dan menawan namun percayalah sesuatu yang populis amat sementara sifatnya. Anwar Ibrahim seorang yang populis. Akhirnya beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri.

Takdirnya Allah menangkan juga DS Hishammuddin dalam saingan Naib Presiden UMNO. Saya yakin beliau juga sedar bukan mudah beliau mahu menang kerana permainan persepsi tadi. Tapi mari kita lihat bagaimana beliau bangkit selepas kemenangan itu...

MH 370, MH 17 dan pemilihan UMNO itu sendiri tranformasinya adalah buah tangan beliau.

Saya tidak memaksa sesiapapun untuk bersetuju dengan saya. Cuma saya berpandangan bahawa ' persepsi ' Najib kena  berundur sebelum PRU 14 adalah berniat jahat. Bergantung kepada kita untuk menyubur atau meleburkan persepsi ini. Melainkan Najib benar benar berdosa kepada Umat Melayu dan UMNO, saya tidak nampak sebab mengapa beliau harus dipaksa berundur.

Cuma saya nampak pemimpin UMNO termasuk Ketua Pemuda UMNO tidak bersama Najib dalam menghadapi kesukaran. Di sini pula ada Hishammuddin. Itulah yang lebihnya.

Sewaktu seorang lelaki India meletakkan kasut di muka Najib, Pemuda UMNO sewajarnya bertindak tetapi Khairy saya fikir lebih selesa membina dirinya berbanding menjaga ketua.

A Kadir Jasin sebenar cuba ' menguji ' sesuatu dengan kenyataan Hishammuddin terpaksa menggantikan Najib yang terpaksa berundur, sedang hakikatnya Hishammuddin tiada sejarah merempuh.

Tidak elok sebenarnya jika ada sesiapa mahu dua orang tumbang serentak hanya kerana mahu memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin. Siapa tahu sejarah bakal berulang, akan ada gandingan Hishammuddin- Mukhriz sama seperti gandingan Hussein- Mahathir sedangkan pada ketika itu kedua duanya bukan tokoh paling popular.


Mantap selepas hampir tumbang


Monday 13 October 2014

PENGGANAS TIDAK AKAN HAPUS DENGAN BAJET BESAR SEMATA MATA !

" PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad di sana," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau."

Berita ini saya petik daripada The Malaysian Insider tak berapa lama dahulu setelah Pakatan berjaya menipu penganut mereka bahawa semua media arus perdana adalah ' perkakas ' UMNO.



Ini bermaksud bahawa cakap cakap PAS di kampung kampung tentang keperluan berjihad di medan perang adalah mainan bibir. Dalam masa yang sama PAS mengaku MEMANG WUJUD AKTIVITI PENGGANAS walau apapun topeng yang mereka pakai.

Kita abaikan PKR dan DAP. Saya anggap PKR dan DAP langsung tidak peduli apa yang berlaku dan tiada penganut mereka akan turut berjuang di medan jihad.

Saban hari kita baca atau dengar tentang ISIS. Samada terbunuh atau membunuh. Malangnya mereka menjadikan rakyat kita sasaran untuk direkrut.
Bayangkan sudah ada anak gadis tinggalkan keluarga dan pengajian kerana
cinta kepada '  mujahiddin ' yang sedang berjihad.

Saya nampak kita bukan sahaja berhadapan ancaman serangan tetapi rakyat kita berdepan ancaman godaan dan sudah ada yang tergoda. Maka saya sebagai rakyat mahu Kerajaan memberikan perhatian khusus terhadap isu ini.

Bajet besar sahaja belum cukup untuk melindungi negara dan rakyat kita. Menteri Pertahanan saya lihat amat serius dan konsisten dalam menghadapi situasi baru ini. Strategi kena berubah. Pakar diperlukan bagi melihat secara holistik apa yang patut dilakukan lakukannya segera sebelum terlewat !


Friday 10 October 2014

TAK USAH WAYANG, JADIKAN PLKN ASET KITA !

Saya fikir masanya telah tiba. Kerajaan UMNO mesti menggunakan segala peluang yang ada untuk kekal survive menghadapi cabaran politk hasutan dan kebencian Pakatan. Kita yang rancang, kita yang keluar belanja. Apa salahnya kita menyediakan penyokong. kalau tak Pakatan yang ambil peluang ini.

KUALA LUMPUR 10 Okt - Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mulai pada hari ini terus mendapat segala maklum balas daripada pihak berkepentingan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia bertujuan supaya mudah difahami oleh masyarakat setelah transformasi tersebut sudah dimaklumkan kepada orang ramai.

"Mulai pada hari ini, KBS dan Mindef akan mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan iaitu sama ada mereka merupakan jurulatih, ibu-bapa, dan kem operator.

"Dengan pengumuman Perdana Menteri pada hari ini maknanya semua sistem dilancarkan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau turut berkata penekanan yang telah diberikan oleh Najib iaitu skil kemahiran daripada latihan PLKN adalah untuk memastikan ia membantu golongan muda mendapat kemahiran yang boleh membantu mencari pekerjaan kelak bagi golongan tersebut.

"Saya melihat kehadapan untuk berkerja bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Saya harap modul baru PLKN sedikit-sebanyak diketengahkan ke hujung tahun ini," katanya.

Terdahulu, ketika membentangkan stategi ke-6 dalam Bajet 2015 : Membangun Program Transformasi Belia Negara, Najib mengumumkan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula program PLKN serta memperkenalkan konsep baru dalam masa terdekat iaitu menjalinkan keperluan, kemahiran, dan kenegaraan.





Thursday 9 October 2014

GADIS SUNTI DILIWAT !

IPOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladang di Pangkor, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 13 tahun dipercayai mengikuti suspek yang dikenalinya ke sebuah rumah kosong terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Menurut sumber, setelah berada di rumah rumah kosong itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa melawan dengan tidak menuruti permintaan suspek. Melihat mangsa meronta-ronta, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan terus meliwat menyebabkan mangsa menjerit kesakitan,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber, mangsa berjaya diselamatkan seorang lelaki yang mendengar jeritan mangsa dari rumah kosong itu.

“Lelaki itu segera mengetuk pintu rumah terbabit untuk melihat individu di dalam rumah berkenaan. Keadaan itu menyebabkan lelaki tersebut melarikan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke balai untuk laporan dan membuat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Kita sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. Sumber

Ulasan


Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pelik. Macam mana budak perempuan boleh ikut lelaki masuk ke rumah kosong pada waktu malam. Di mana keluarganya ? Mengapa keluarga tersebut membiarkan anak gadis berada di luar rumah pada waktu begitu ?

Monday 6 October 2014

MAT SABU KENA SANTAU !

Demikian Allah memberikan petunjuk. Kita hamba Allah ni kecik je. Tiada apa apapun selain rahmat Allah. Macam macam andaian tentang Mat Sabu ( Baca di bawah )Tapi hakikatnya di tangan seekor nyamuk, Mat Sabu tumpas !

Mat Sabu kini masih dirawat di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Beliau dipercayai menghidap denggi selepas pulang dari Krabi untuk menyampaikan bantuan Aidiladha.

Sebelum ke Krabi, pembantunya memberitahu Mat Sabu telah mengalami demam panas selama beberapa hari.

Persoalannya....Benarkah Mat Sabu menghidap denggi? 


Menurut sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Warih, beliau percaya Mat Sabu telah terkena buatan orang.

Menurut Pak Warih, tidak mustahil Mat Sabu terkena santau buatan orang ekoran krisis yang sedang melanda Parti PAS.

Dengan desas desus adanya gerakan terancang untuk menjatuhkan Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Kedudukan Mat Sabu sebagai orang kedua parti dilihat turut juga terancam.

Pak Warih juga berpendapat, ada tangan-tangan ghaib yang mahu menyekat kemaraan Mat Sabu untuk menduduki kerusi presiden jika sekiranya Hadi berjaya diturunkan.

Pak Warih tidak menolak kemungkinan Mat Sabu ke Krabi untuk bertemu bomoh handal yang sering menjadi buah mulut di sana untuk menyembuhkan penyakitnya.

"Dia demam panas berhari-hari dah sebelum pi sana (Krabi), takkan sakit pun nak pi kerja?" ujar Pak Warih.

Pak Warih bagaimanapun mendoakan agar Mat Sabu segera sembuh dari sakit yang sedang dideritainya.

"Jahat setara mana, busuk sekohong mana pun dia, kita orang PAS, lagi pulak sesama Islam kenalah doa yang baik-baik untuk dia" kata Pak Warih yang telah 30 tahun bersama PAS.