Negarawan

Negarawan

Monday 25 August 2014

DR MAZA BERI AMARAN, ' PKR TAK LAYAK MEMERINTAH ! '

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.
Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.
"Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.
Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.
"Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.
"Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya.
Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.
Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.
PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.
Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.
Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut. – 25 Ogos, 2014.

Wednesday 20 August 2014

PERKAKAS POLITIK !

Sengaja saya memetik ini dari Utusan. Sejak bertahun tahun, SPRM dilabel sebagai perkakas parti tertentu. Anwar Ibrahim sangat suka menggunakan perkataan ' perkakas '. Apa jua atau siapa jua yang tidak secocok dengan nafsunya akan dikatakan perkakas politik.

Sedangkan umum tahu, SPRM sejak ditubuhkan telah banyak mendakwa sebarang perbuatan rasuah yang kini dikatakan musuh No 1 negara. Baca laporan di bawah...



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM40,000 berhubung bayaran balik yuran kursus untuk pekerjanya, dua tahun lalu.
Kader Mohideen Basheer Ahmed, 36, yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Carltonstar Hotel Holding Sdn. Bhd., didakwa telah memberi tiga Tuntutan Geran Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001 berjumlah RM41,200 kepada tiga kerani kewangan bahagian akaun dan kewangan pejabat PSMB atas nama syarikat itu.
Bapa kepada seorang anak itu didakwa membuat tuntutan bayaran balik yuran kursus 12 pekerja yang mengikuti kursus '3Q Leadership Coaching Programme' yang sebenarnya pekerja terbabit tidak menghadiri kursus tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat PSMB di sini antara 9 Ogos 2012 dan 20 Februari 2013.
Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahamad Sukri Abu Seman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Beliau mencadangkan tertuduh yang diwakili peguam, K.L. Yong diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan pasport diserah kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan pasport diserah kepada mahkamah.
Beliau turut menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes.


Tuesday 19 August 2014

COMFIRM WAN AZIZAH TAK AKAN JADI MB !

Apa dan siapapun berhujah tidak lagi penting. Apabila Ketua Pemuda PAS membuat pededahan bahawa Haji Hadi telah dipanggil mengadap Tuanku Sultan dan meneliti rakaman di bawah, maka kita boleh pastikan bahawa Wan Azizah tidak akan menjadi MB Selangor.

Ini bermakna Azmin Ali akan mendapat tempat tersebut. Menariknya, samada Wan Azizah atau Azmin, di belakang mereka adalah Anwar Ibrahim.





Sunday 17 August 2014

PAS, PKR , DAP DAN BN WAJIB DENGAR INI !

Kepada Pakatan kenyataan Naib Presiden UMNO ini jelas bahawa BN tidak ghairah sama sekali untuk

mengambil kesempatan di Selangor. BN tidak akan menyelak kain yang dah nak koyak untuk melihat apa yang ada di dalam.

Kepada UMNO / BN bukan sahaja di Selangor ada peringatan penting untuk diteliti. Perbaiki diri, jaga perpaduan dan gerakkan jentera, BN pasti akan dapat merampas Selangor kembali.

Soalnya, adakah UMNO/BN mahu memperbaiki diri..?





Thursday 14 August 2014

HAJI HADI SAKIT, TAK HADIR MESYUARAT BIRO POLITIK


4 exco PAS pertahan Kerajaan Selangor dari jatuh

NAZRI ABDULLAH | .

KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.
"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.
"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat angung parti itu malam ini.
Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.
Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.
"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.
Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam.
Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.
Bukan sebab jantina
Mustafa berkata, mesyuarat malam ini bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.
Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.
"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi  saya tak akan dedah," katanya.
Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. 

Monday 11 August 2014

MH 17- TRAGEDI YANG MENDIDIK !





Semua kita sedang berdukacita. Bukan hanya kaum keluarga yang bersedih tapi seluruh rakyat Malaysia. Bayangkan belumpun selesai isu MH 370, kita berdepan dengan tragedi MH 17.

Sebagai hamba Allah pastinya kita kena redha dan berserah. Namun di sebalik

kedukaan itu peristiwa itu telah membolehkan pemimpin kita menghadapi krisis dengan perancangan yang rapi dan teliti.

Pemimpin kerajaan perlu menyelaras segala tindakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugasan tetapi menyelesaikan segalanya dalam keadaan hati para waris terjaga.




Sunday 10 August 2014

TIBA TIBA SEORANG LAGI MANGSA LIWAT MUNCUL !

Setelah berita pemecatan Khalid Ibrahim dari Parti Keadlian Rakyat (PKR) tersebar dan menjadi viral di laman sosial hari ini, tiba-tiba muncul pula bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh cuba menjadi hero dengan menggesa Menteri Besar Selangor supaya meneladani dirinya kerana sentiasa setia dan patuh pada arahan parti atau lebih tepat lagi arahan Anwar Ibrahim.

Secara tidak langsung, tindakan Lee mendedahkan kisah perletakan jawatanya sebagai wakil rakyat telah membenarkan segala dakwaan sebelum ini bahawa bekas ADUN Kajang itu melepaskan jawatanya semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang sangat gila hendak berkuasa.

Menurut Lee, Menteri Besar Selangor itu sudah dimaklumkan dengan arahan perletakkan jawatan sebelum berlakunya Pilihanraya Kecil DUN Kajang lagi.

Dalam satu kenyataan lain, bekas Adun Kajang itu menyatakan bahawa 'kecurangan' dan keingkaran Khalid Ibrahim terhadap Ketua Umum PKR telah bermula sejak tahun 2009 apabila MB Selangor itu enggan menurut perintah Anwar untuk 'membantu' parti dan ketaatanya pada Sultan Selangor berhubung isu rampasan Bible versi bahasa Melayu yang mana telah menyinggung hati pihak tertentu.

Kemunculan semula Lee di tengah-tengah kemelut penukaran jawatan MB Selangor setelah sekian lama bersembunyi sejak melepaskan jawatan ADUN Kajang, telah membuka satu lagi pekung Anwar dan PKR.

Pengumuman pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR terpaksa dilakukan setelah Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara mendapati ADUN Pelabuhan Klang itu telah mengingkari arahan Anwar Ibrahim yang mahu memilih isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ulasan

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kata LIWAT bukan sahaja mewakili perbuatan Sodomi tetapi juga kepada sebarang perbuatan menipu, memanipulasi, mengkhianati. Ia nampaknya amat signifikan dengan apa jua tindakan Ketua Pembangkang Malaysia.

Bekas ADUN Kajang ingin membantu Anwar, malangnya ia mendedahkan perancangan jahat Anwar melalui langkah Kajang. Mungkin selepas ini orang berhak bertanya, berapa beliau perolehi untuk pengkhianatan itu?

Saturday 9 August 2014

ANWAR AKAN BELI ADUN UMNO. SIAPA ?


Esok 10 ogos hari lahir anuar berahim. Sebelum sambut birthday nuar berahim berjaya menyingkirkan keahlian kolid berahim sebagai ahli pkr. NUAR berahim mahu merayakan HARI LAHIR DENGAN MENGANGKAT BINI SENDIRI SEBAGAI MB SELANGOR. RAYA sakan nampaknya nuar berahim tahun ni. syawal masih berbaki walaupun dah lama berlalu namun kemeriahan baru bermula. INILAH RAYA SEBENAR bagi pkr dan barua baruanya. tindakan disiplin memecat kolid berahim sehari sebelum birthday nuar berahim adalah untuk menggembirakan hati nuar dan sebagai HADIAH HARIJADI YANG paling bermakna selepas dipecat dari menjadi TIMB. perdana menteri pada 1998 dulu. bagaimana nuar berahim dan kuncu kuncunya akan menjatuhkan kolid berahim sebagai mb jika tidak cukup ADUN untuk bersetuju dengannya.

 APAKAH NUAR BERAHIM AKAN MEMBELI ADUN UMNO UNTUK MENGGANTIKAN ADUN PAS???. mesti puuudiiiin dan fiziiii sudah memikirkan langkah seterusnya selepas lipat kajang. jika umno 12 adun bersetuju dengan pkr dan dap 15 adun sepenuhnya dan pkr hanya 13 ini bermakna ia baru melepasi adun yang bersetuju jika pas semuanya tak bersetuju. mungkin nuar berahim akan menawarkan komisen kepada umno kerana itulah kerja kerja yang hendak dilakukan diselangor kerana masalah habuan. umno pasti bersetuju punya jika mereka mempunyai peluang untuk mentankedarah lagi harta rakyat. jika pkr dan dap bersetuju hanya cukup cukup makan saja untuk MENGNYAHKAN KOLID DARI KERUSI MB DAN MELANTIK BINI KETUA UMUM YANG MANA ADUN PKR SUDAH MENANDATANGAI SURAT AKUR JANJI HAHHAAHHA - 

Ulasan
Ini adalah petikan daripada sebuah blog PAS. Terdesak, marah dan rasa begitu tertipu. Tapi jadi persoalan juga, kena UMNO dikaitkan?

Friday 8 August 2014

TAK MAMPU PUASKAN KEKASIH, IBU SERAHKAN ANAK GADIS !

Mujurlah ia tidak berlaku di negara kita. Kita tak tau samada ibu ini beragama ataupun tidak. Namun saya fikir manusia normal tidak akan mampu berbuat begini !

BENGKULU, KOMPAS.com — Yt (26), salah seorang ibu rumah tangga pelaku dugaan pencabulan di Kabupaten Mukomuko, Bengkulu, tega menyerahkan keperawanan anak kandungnya yang masih berusia 10 tahun kepada pacarnya, Sg.

Yt adalah seorang janda yang berpacaran dan bahkan mengaku telah menikah siri dengan Sg. Dengan dalih tak mampu memuaskan Sg dalam hal kebutuhan biologis, Yt lantas merelakan anaknya. Bahkan, Yt pun ikut membantu Sg untuk memerkosa anak kandung Yt itu.

"Ibu ini mengaku tak mampu memuaskan pacar, kemudian menyerahkan anaknya saat Sg meminta untuk berhubungan intim. Bahkan, ibu ini membantu aksi bejat tersebut," kata Kepala Polres Mukomuko AKBP Wisnu Widarto saat dihubungi via telepon, Kamis (7/8/2014).

Selama dua tahun, Yt mengaku telah menikah siri dengan Sg. Mereka tinggal satu rumah bersama istri sah Sg. Selama dua tahun itu pula Sg membohongi istri sahnya sebab ternyata pernikahan siri itu tak pernah terjadi.

"Dalam hal ini istri sah pelaku tidak terlibat karena saat kejadian ia tidak ada di TKP dan tidak tahu saat aksi ini dilakukan," kata Wisnu.

Wisnu mengatakan, kini kedua pelaku dikenakan Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.

Munculnya kasus ini berawal dari laporan Yt ke polisi yang mengatakan bahwa Sg telah mencabuli anaknya. Namun, penyidik di Polres Mukomuko tak begitu saja menuruti keterangan Yt. Setelah dilakukan pengembangan, akhirnya diketahui kronologi yang sesungguhnya.

Hingga saat ini, kedua pelaku telah ditahan di Polres Mukomuko untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya itu.- Sumber

Thursday 7 August 2014

HARAKAH MULAKAN GERAKAN MENJATUHKAN HAJI HADI !


Adun BN jalani rawatan di luar negara?



KOTA BHARU: Seorang wakil rakyat Umno dikatakan menjalani rawatan di luar negara akibat menghidapi penyakit kronik, kata sumber Umno.

Katanya, penyakit yang dihadapi Adun Pengkalan Kubur itu agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.

Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.

Malah Adun terbabit juga difahamkan lebih banyak berehat di rumahnya di Kuala Lumpur.

Laman sosial facebook miliknya juga tidak lagi aktif dan tiada aktiviti baru dipaparkan.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir.
Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti. - HARAKAHDAILY 7/8/2014

Ulasan.

Sekali baca memang berita di atas adalah berita biasa. Tapi bila diperhalusi, niat sebenar pengarang dapat dijangka. Haji Hadi baru sahaja mendapatkan rawatan di Turki dan menyambung rawatan di IJN. Saya nampak niat Harakah apabila menyiarkan komen yang memimta sesiapa yang tidak sihat supaya berhenti.
Nampaknya isu MB Selangor benar benar telah merosakkan PAS.

Tuesday 5 August 2014

JANGAN LUPA PADA UMNO !






Mulakan bacaan anda ..Baca di sini...

Barangkali pembaca menyedari betapa saya agak cenderung untuk memberikan perhatian yang lebih kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sebenarnya saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya bahkan beliau tidak mengenali saya sama sekali.

Tetapi selepas beliau berjaya memenangi kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu, saya mula tertarik untuk melihat beliau secara lebih objektif. Akar umbi tahu bahawa kalau orang lain, rasanya sukar untuk menang kerana serangan terhadapnya amat luar biasa. Tapi beliau menang dan terus bekerja ' seperti biasa'.

MH 370 mengukuhkan kepercayaan saya bahawa saya betul apabila menjangka bahawa Datuk Seri Hishammuddin mempunyai kekuatan tersendiri yang selama ini terpendam. Dan dunia sependapat dengan saya.

Oleh yang demikian saya berharap kekuatan yang ada dapat digunakan untuk kukuhkan UMNO. Percayalah selepas PRU 13, UMNO tidak bergerak ke mana mana. UMNO kekal lesu dan tidak dinamik. UMNO perlukan seseorang yang boleh fokus terhadap kebangkitannya. PRU 14 sudah sangat hampir dan saya tidak pasti adakah UMNO sudah bersedia...




Monday 4 August 2014

SPRM SIASAT BEKAS SETIAUSAHA POLITIK !

Begitu banyak penyelewengan, begitu banyak muslihat. Banyak juga wang yang dibelanjakan. Ini ialah pendedahan jujur oleh orang yang terlibat secara langsung. Jika SPRM mengambil pendirian berdiam diri, sekali lagi akan timbul tanggapan bahawa dalam SPRM sendiri ada ramai aktivis dan penyokong Pakatan.
30 JUL: Jika PKR fikir mereka gentleman dan mahu ungkit cerita kononnya PAS patut menghormati pendirian PKR dalam isu kerusi Menteri Besar Kedah semata-mata mahu PAS sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jadi Menteri Besar Selangor, mereka sebenarnya membuka pekung sendiri.
Itulah padahnya apabila Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi parti Rafizi Ramli yang menghambur kemarahan kepada PAS kerana pemimpin utamanya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.
Kedua-dua mereka sudah menjolok sarang tebuan apabila bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan  Razak mendedahkan apa sebenarnya berlaku di negeri itu ketika di bawah Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 12 pada 2008.
sanusimohdnorpas
Muhamad Sanusi
Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan adalah tidak PKR membandingkan pergolakan di Selangor dengan keadaan politik Kedah ketika itu.
Katanya, PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi Menteri Besar Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.
“Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu… Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang,” ukar Sanusi..
Katanya, Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim.
rafizisaifuddin
Rafizi dan Saifuddin
“Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?,” tanya beliau.
Sanusi turut mendedahkan mengenai sikap Adun di Kedah berdepan kes kahwin dua tanpa pendaftaran dan diarah Datuk Seri Anwar Ibrahimn meletak semua jawatan walaupun Azizan berpendapat cukuplah letak jawatan Exco.
Beliaulah bertanggungjawab memujuk Adun PKR itu, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian kerana bimbang ‘dilarikan ke Putrajaya’, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya.
“Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung. PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat,” ujar beliau.
Antara kes lain terpaksa ditanggung PAS Kedah ialah membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu.
“MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?,” katanya.
Sanusi juga mendakwa PAS terpaksa mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah 24 jam secara senyap dan terbuka kerana khuatir  Adun-Adun PKR membuat honar dan bertemu serta berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang, di Sungai Petani.
“Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?,”
“Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan ‘tokong’ dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?,” tanya Sanusi.
Beliau turut mendedahkan seorang Exco membuat tuntutan perjalanan bulanan melebihi gaji dan elaun sehingga pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu kepada Menteri Besar.
Katanya, Lima Adun PKR yang asal dan seorang yang menang PRK DUN Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri.
“ Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu,” ujarnya.
Menurut Sanusi selain menuntut kerusi Exco, berebut yang hendak jadi senator.
.”Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali,” katanya.
Katanya PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan tetapi PKR menuntut belanja program parti  termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke Pilihan Raya Negeri Sarawak sehingga Menteri Besar terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya.
Kesimpulannya, Sanusi menggambarkan, PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini.
“Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam,” jelas beliau…
Justeru itu katanya, kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!- bnbbc.my

Sunday 3 August 2014

PEMUDA UMNO PERAK MESTI ANGGAP INI ISU REMEH !

Minum minum di Kopitiam DAP ! Tak mengapalah apapun penjelasan Pemua UMNO Perak. Azwan Harun seorang pemidato. Cuma kadang kala benda macam ini yang mencetuskan persepsi, Pemuda UMNO cakap berdegar tapi kosong.



Ini politik. Beberapa orang blogger Pakatan telahpun menjadikan isu ini modal mereka...

Friday 1 August 2014

KHAIRY SAHKAN MALANG JADI MELAYU DI MALAYSIA ?

Kita sedang menunggu apa kata pihak berwajib. Namun kenyataan Khairy ini gambaran kekecewaan Umat Melayu seluruh negara atas dasar pendakwaan terpilih yang berlaku. Saya tertanya tanya, di negara ini siapa yang berkuasa sebenarnya?

Menteri mahu tindakan setimpal buat 'Kelvin Yip'


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut agar tindakan setimpal dikenakan ke atas seorang pemuda yang mempersoalkan amalan mengalunkan bacaan ayat suci melalui pembesar suara.

Khairy dalam kenyataannya menyebut, pemuda tersebut masih perlu dikenakan tindakan walau sudah meminta maaf atas tulisan menggunakan bahasa kesat di Facebook yang menimbulkan kemarahan penganut Islam itu.

Beliau merujuk kepada tulisan pemuda yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook, yang berang kerana bacaan ayat suci itu dialunkan seawal jam 6.45 pagi, dipercayai semasa sambutan hari raya.

"Eh hello bangsat, aku tahu Hari Raya tapi tolong hindarkan doa anda kepada Tuhan dari pembesar suara pada jam 6.45 waktu pagi... ini sangat menjengkelkan," tulisan Yip dipetik.

Yip bagaimanapun dipercayai meminta maaf dan memadamkan tulisan tersebut selepas menerima kecaman dari pengguna laman sosial tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati beliau juga memadamkan akaun Facebook tersebut.

Menteri tersebut berkata, lelaki yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook itu masih boleh didakwa untuk memberi pengajaran.

Beliau membandingkan kes tersebut dengan kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau telah meminta maaf atas perbuatan khianat ke atas seorang warga emas dalam satu kes kemalangan jalan raya.

"Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum,'' kata Khairy di Facebook.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu memerintahkan Siti Fairrah menjalankan khidmat masyarakat selama 240 jam dan membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kiki mengaku salah mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta milik Sim Hiak Hong, 68, dengan menggunakan pengunci stereng kereta yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.  

ARAHAN LIM GUAN ENG KEPADA HAJI HADI DAN NIK AZIZ !

DAP sokong wanita jadi MB, minta yang lain ikut



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyatakan sokongan DAP kepada calon wanita menjadi menteri besar Selangor yang baru.

Setelah berminggu-minggu berdiam diri mengenai perkara ini, Lim memberitahu pemberita supaya tidak terganggu oleh isu-isu lain tetapi memberi tumpuan kepada sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail layak menjadi menteri besar.

Wan Azizah dicalonkan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, seperti yang diumumkan oleh PKR bulan lalu.

"Saya katakan ini sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP. Kami mahu kenyataan ini datang dari semua pemimpin," katanya.

"Gambaran yang diberikan sekarang ialah Wan Azizah tidak kelayakan kerana beliau adalah seorang wanita."

Lim mengulangi bahawa rakyat tidak sepatutnya terganggu dengan isu-isu lain yang menjadi penghalang kepada cadangan PKR untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Komen tertentu telah dibuat dan dijawab oleh pemimpin lain," katanya.

Bagaimanapun, Lim berkata, beliau hanya akan mengulas kenyataan yang dibuat oleh presiden PKR itu atau Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kapasitinya sebagai setiausaha agung atau pemimpin DAP.

Lim berkata, perkara utama untuk ditangani ialah sama ada boleh menerima Wan Azizah sebagai MB kerana beliau seorang wanita.

Ini, katanya, adalah sesuatu yang amat penting yang dibangkitkan oleh Anwar.

"Adakah kita akan menolak pencalonan beliau hanya kerana beliau seorang wanita?" soalnya sambil menambah bahawa setiap parti politik, sama ada dari Pakatan atau BN, perlu membuang halangan pertama itu.

Perlembagaan negara, tegas Lim, tidak pernah menyebut bahawa wanita tidak boleh menjadi MB, tetapi sebaliknya menolak diskriminasi gender.- Mkini